Harga rumah dalam beberapa tahun ini, semakin lama semakin naik seperti tidak ada kesudahannya.Dalam pada itu, Kerajaan Malaysia melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad(SPNB) (KLIK SINI) memberikan kemudahan dengan menawarkan skim Rumah Mampu Milik dan juga Rumah Mesra Rakyat kepada individu yang berklayakan untuk mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah pertama. Tetapi, lain pula jadinya bila masuk tahun 2014 ini.Kenapa?
CEO SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata hari ini dalam satu Forum kepada pembeli rumah dari golongan pendapatan sederhana, sekiranya tidak mampu membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan, lebih baik sewa sahaja.
” SPNB memiliki hampir 6,000 unit rumah kos rendah namun sehingga kini, hanya 17% daripadanya yang terjual. Ini kerana ramai golongan berpendapatan sederhana iaitu RM 1,500 dan kebawah ini, tidak dapat membuat pinjaman atau gagal dalam mendapatkan pinjaman perumahan”
Kami menyambut baik sekiranya, rumah-rumah yang tidak terjual ini, dibuka kepada orang lain dalam golongan berpendapatan sederhana yang sama atau pun meningkatkan lagi had kelayakan kepada RM 2,000 bagi memudahkan pinjaman perumahan dapat diluluskan.
“Mereka ini, bila permohonan pinjaman perumahan mereka tidak diluluskan bank, mereka menjadi sangat marah.Akhirnya, mereka akan marah kepada kerajaan”
Selain itu, beliau juga menambah agar rumah-rumah kos rendah yang tidak terjual itu dijadikan sebagai sewa kepada golongan berpendapatan sederhana, ataupun dijadikan sewa beli dimana penyewa mempunyai pilihan untuk membeli rumah tersebut di kemudian hari.
Cara ini pada kami adalah cara yang sangat efektif, dimana ianya dapat membantu memudahkan golongan ini untuk membeli rumah pertama mereka dan juga di samping itu dapat menjimatkan perbelanjaan membaik-pulih yang pastinya akan melibatkan kos yang besar kepada kerajaan sekiranya unit-unit rumah kos rendah tidak terjual dibiarkan sahaja tanpa penghuni.
” Kerajaan tidak membenarkan pemaju seperti kami SPNB untuk membuka jualan kepada pembeli yang terdiri dari golongan berpendapatan tinggi.Ini tidak adil kerana sebilangan pemaju, seperti kami…memegang rumah jualan.Anda boleh fikirkan sekiranya berlaku jenayah, vandalisma, dan macam-macam lagi sekiranya tidak terjual”
Pada kami, SPNB perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh mereka dari Kerajaan Malaysia. Tanggungjawab SPNB adalah menyediakan kemudahan rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat kepada individu yang kurang berkemampuan dan tidak berpendapatan tinggi.
SPNB tidak boleh berfikir seperti pemaju lain, yang tidak terikat pada peraturan untuk mengehadkan pembelian melalui syarat gaji dan sebagainya.
Apa pula pendapat anda?
P.S. Cadangan untuk pilihan sewa-beli memang satu cadangan yang baik.Setuju?
Read more: http://agendasemasa.com/spnb-golongan-pendapatan-sederhana-beli-rumah#ixzz2rCmW5AJO
0 comments: