Tuesday 17 December 2013

Lelaki Larikan Ipad Akhirnya Jatuh Jua...


Berita dari sinar harian hari ini menyatakan tentang seorang lelaki telah menlarikan Ipad, berani sungguh lelaki itu, tetapi dalam masa 24jam akhirnya lelaki yang larikan Ipad ini jatuh ke tangan polis jua. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.



Lelaki larikan Ipad ditahan dalam tempoh 24 jam
  • Pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti pecah rumah dijumpai dalam lori dilarikan dua suspek yang ditahan di Menglembu.

IPOH - Seorang lelaki ditahan polis apabila didapati memecah masuk rumah jirannya dan membawa lari komputer tablet jenis Ipad, di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian itu disedari mangsa kira-kira jam 3 petang apabila mendapati kesan umpilan di pintu depan rumahnya.

Menurutnya, suspek berusia 40 tahun ditahan itu berdasarkan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, kita menjumpai kembali Ipad milik mangsa.

“Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau dalam jenayah yang sama ditahan reman tiga hari dan polis berjaya selesaikan kes dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, semalam.

Chang Keong berkata, selain kes itu, polis turut menyelesaikan dua lagi kes pecah rumah malahan berjaya menahan tiga suspek dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

Jelasnya, pada 7 Disember lalu, dua pekerja sampingan ah long ditahan ketika cuba memecah masuk rumah seorang penduduk di Taman Bukit Merah, Menglembu.

“Ketika kejadian, dua lelaki berusia 38 dan 26 tahun  memandu lori yang dicuri  di Taman Rishah dua hari sebelum ditahan.

“Setelah menerima maklumat awam, peronda tiba di lokasi kejadian dan menangkap suspek yang ketika itu sedang mengumpil pintu," katanya.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai beberapa peralatan untuk melakukan pecah rumah dalam lori itu dan kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Chang Keong berkata, pada Jumaat lalu pula, seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap bersama beberapa barangan curi di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai.

Katanya, Lelaki yang berasal dari Raub, Pahang mempunyai empat rekod jenayah lampau dan ditahan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, rakan suspek yang terlibat dalam kejadian itu melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Usaha mengesan rakan suspek sedang dijalankan dan orang ramai diminta berhati-hati ketika meninggalkan rumah terutama pada musim percutian,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/lelaki-larikan-ipad-ditahan-dalam-tempoh-24-jam-1.231702
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: