PETALING JAYA: Pelakon Neelofa, 23, melalui peguamnya telah
mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada
Anzalna terhadap kenyataannya yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk
"Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbarBerita Minggu pada 10 Jun 2012.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, terdapat
sembilan perkara fitnah yang telah dilemparkan dalam artikel itu dan
Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan
balas daripada pihaknya.
"Segala tuduhan yang dilemparkan dalam akhbar berkenaan adalah seratus peratus tidak benar.
"Sekiranya Anzalna gagal memberikan surat tuntutan balas serta
mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataannya itu, dia akan
dikenakan tindakan seterusnya.
Saya harap dia memberikan kerjasama, " tegas Neelofa pada sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel One World, di sini, Rabu.
Neelofa telah melantik dua peguam iaitu Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd
Irwan Mohd Mubarak daripada firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co
untuk mengeluarkan notis tuntutan tersebut yang telah pun dihantar
kepada Anzalna pada Rabu.
Pelakon tersebut diberi tempoh seminggu untuk menjawab notis berkenaan.
Tambah Neelofa, tuntutan meminta bukti dan penjelasan itu dilakukan agar
dia dapat membersihkan namanya yang mungkin akan terjejas pada masa
akan datang.
"Selepas kenyataannya keluar, saya terus menemui peguam untuk mendapatkan nasihat.
"Dan sebagai permulaan, saya mengambil tindakan ringan dengan cara
formal terhadapnya agar masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
"Andai kata dia enggan bekerjasama, saya akan memberi dia dua pilihan lagi untuk tindakan yang seterusnya," tegas Neelofa.
Pergaduhan kedua-dua artis tersebut dikatakan tercetus ketika Neelofa
dan Anzalna masih lagi dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja pada
tahun 2010.
Dalam isi kandungan artikel yang disiarkan Berita Minggu itu, Anzalna
turut mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang
busuk hati.
Malah, Anzalna dilaporkan turut menuduh pelakon filem Azura 2012 itu
mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna” selain dikatakan diugut oleh
Neelofa jika dia memenangi pertandingan Dewi Remaja itu.
* Sumber mStar Online
0 comments: