Mesti you all’s ramai nak tahu macam mana cerita gosip panas pelakon seksi Zahida Rafik skandal dengan seorang menteri, Datuk Shafie Afdal kan?
Sebelum ini, Zahida
Rafik menafikan sekeras-kerasnya mengenai laporan bekas pemandunya yang
mendedahkan perhubungan sulit Zahida dan Datuk Shafie susulan daripada kes pemandunya melarikan wang sejumlah RM200,000.
Ya! Hari nie, Datuk Shafie Afdal pula
mendedahkan perkara sebenar dan motif mengenai laporan bekas pemandu
peribadi Zahida , Noor Azman Azemi yang mendakwa Datuk Shafie memberi
wang sebanyak RM1.5 juta kepada Zahida yang dikatakan kononnya ‘kekasih
gelap’ kepada Datuk Shafie.
Datuk Shafie juga mengatakan beliau
tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa
sahaja yang menyebarkan fitnah atau gosip skandal Datuk Shafie dan
Zahida Rafik yang mendapat perhatian dalam industri hiburan dan dunia
politik Malaysia.
Jika Zahida Rafik mengatakan di dalam laman Twitter milik beliau, betapa untungnya kalau gosip panas beliau mendapat RM1.5 juta dari Datuk Shafie adalah benar. Hehehe…
Spekulasi Zahida skandal Datuk Shafie
ini juga dikatakan laporan Polis oleh bekas pemandu peribadi Zahida
adalah tidak benar dan semuanya bermotifkan niat yang jahat dan berunsur
politik semata-mata.
Hmm… Sekarang nie tak tahulah mana satu
pihak yang betul dan mana satu pihak yang salah, maklumlah Pilihanraya
Umum 13 dah semakin dekat. Mungkin ada betulnya apa yang Datuk Shafie
katakan, dan juga jawapan Datuk Shafie nie untuk sekadar menjawab
persoalan demi persoalan?
Kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini”.
Kita tunggu dan lihat ya, adakah gosip Zahida skandal Datuk Shafie nie benar atau tidak!
0 comments: