SERDANG – Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih
tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak
kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9,
Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.
Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu
meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba
di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada
pukul 9 malam.
Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan
oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung
lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika
ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.
TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka. |
Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah
yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9,
dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.
Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya
kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu.
sumber-Kosmo
0 comments: