Dengan hanya sekali lafaz, Nurul Wahab sah bergelar
isteri kepada jejaka Perancis, Eric Depp sekitar jam 12.20 tengah hari
tadi. Majlis pernikahan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang.
Nurul dan Eric dinikahkan oleh Penolong Pendaftar
Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman bersaksikan abang Nurul,
Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang
hantaran RM5,000 beserta lima dulang hantaran yang antaranya berupa
produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan
rantai mutiara.
Pihak Nurul pula membalas dengan tujuh dulang
hantaran yang terdiri daripada sejadah, tepak sireh, sepasang kasut
Pedro, senaskhah Al-Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan juga
manisan.
Zon Artis: Tahniah Nurul. Kami doakan semoga pernikahan kali ini berkekalan dan selamat berbahagia.