Thursday, 14 August 2014

“Saya pakai spender merah, bra merah ” – Video KEEK kontroversi dari pelakon Sharifah Sakinah ( video dan gambar )













“Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.” – Antara ayat yang diungkapkan oleh pelakon Sharifah Sakinah iaitu adik kepada Sharifah Shahirah di dalam satu video pendek Keek iaitu laman sosial untuk video. Video yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah sambil berbaring dalam selimut ini sudah mendapat lebih dari 7 ribu view di YouTube. Sudah tentu bait ayat yang diungkapkan oleh pelakon wanita ini kontroversi selain mengungkapkan perkataan carutan seperti ‘F*ck’ beberapa kali. Jangan marah apabila wartawan Melodi dan gosip serbu akak ye selepas ini. Sendiri yang cari pasal, sendirilah yang menanggungnya.
SHARIFAH-SAKINAH-KEEK-2
SHARIFAH-SAKINAH-KEEK
SS1
VIDEO

Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'

Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'




Fattah Amin berjanji untuk berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Gambar ihsan: Pinography Official


KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Fattah Amin tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan-lakonannya masih lagi kaku.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar dengan kritikan orang ramai mengatakan lakonan saya macam 'kayu'.

"Tetapi jujurnya saya tidak pernah berkecil hati kerana saya masih baru dalam industri lakonan dan apa yang dikritik adalah satu teguran agar lakonan saya bertambah baik," katanya yang mula popular menerusi drama
Playboy Itu Suami Aku.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu.



[size=0.75em]Imej kacak Fattah Amin. Foto: Pinography Official



Baru-baru ini Fattah menerima kritikan di laman-laman sosial  yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculannya menerusi  drama Playboy Itu Suami Aku di TV3 yang mengakhiri siarannya pada Disember tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Fattah juga pernah terlibat menerusi drama Cinta Dari Marikh (RTM) dan Kerana Sarah (TV3).

Sementara itu tambah Fattah, selepas mendapat kritikan itu, dia mula mempelajari pelbagai teknik-teknik lakonan menerusi pelbagai filem yang ditonton selain mendapat khidmat nasihat daripada pelakon-pelakon senior dan pengarah.

Mengenai telenovela Cinta Ibadah, Fattah bergandingan dengan pelakon baharu iaitu Aishah Ilias sebagai pasangan suami-isteri.

Katanya, sepanjang dua tahun bergelar pelakon, telenovela ini antara yang mencabar lakonannya kerana ia mengambil tempoh penggambaran yang lama.

"Bayangkan, Cinta Ibadah akan ditayang sebanyak 130 episod dan ia akan dipanjangkan lagi sehingga 300 episod jika mendapat respons yang baik.

"Ini juga peluang untuk saya membuktikan kepada penonton bahawa lakonan saya tidaklah kaku seperti dahulu.

"Mungkin belum pada tahap yang bagus, sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki lakonan saya sedikit demi sedikit," ujarnya.

[size=0.75em]Antara mereka yang terlibat dalam telenovela Cinta Ibadah.


Selain Fattah dan Aishah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.

Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yanh dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

Cinta Ibadah arahan Ayie Mustafa dan Sridar Jetty bakal disiarkan bermula 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang menerusi saluran Astro Prima (105).

Thursday, 16 May 2013

Sunday, 24 March 2013

(23 GAMBAR)Oh My English Kembali Untuk Musim Kedua

(23 GAMBAR)Oh My English Kembali Untuk Musim Kedua
Oh My English musim kedua lagi best.. cerita Oh my english sangat ceria dan lawak, dengan gabungan artis muda dan lama, di campur dengar bahasa engglish membuatkan kita ketawa, ketawa sambil belajar, jom layan oh my english di astro ceria.

sumber: http://beautifulnara.com/

oh my english

Untuk musim kedua, Oh My English menampilkan wajah baru seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Tiz Zaqyah. Pasti makin meriah murid-murid belajar bahasa Inggeris dengan kehadiran guru-guru baru ini. Namun begitu kepada peminat Zain Saidin dan Adibah Noor, jangan risau kerana mereka masih dikekalkan.

oh my english

Lagi 21 keping gambar sekitar pelancaran program Oh My English musim kedua dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

Sunday, 17 February 2013

(GAMBAR)Emma Maembong Sudah Putus Cinta!! Betul ke??

(GAMBAR)Emma Maembong Sudah Putus Cinta!! Betul ke??
Salam,lama tak berblogkan... hari ni saya nak post pasal artis kecil molek comel loten ni, nama dia Emma Maembong, dengar cerita si Emma ni dah putus cinta betul ke tak?? Ermmm ada can lah lelaki-lelaki yang sukakan gadis lembut, putih kecil molek ni... saya pun suka, da rezeki saya ajak jer dia kawan ke,kahwin ke,hehehhe mimpi ajerlah.... Apa-apa pun kita baca cerita ini saya copy dari blog http://beautifulnara.com


Semalam, melalui sisipan Bi-pop dari akhbar Berita Minggu, pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Emma Maembong telah memberitahu yang hubungan cintanya dengan pemuda bernama Adli yang dikenalinya sejak berusia 15 tahun telah berakhir.
Jadi, sekarang Emma Maembong sudah single lah. Bolehlah pembaca BN yang berminat mengorat Emma selepas ini (harapan palsu, LOL).

Emma bagaimana pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh.
Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni.
Emma juga tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular untuk ABPBH 2012, namun menyatakan dia tidak meletakkan harapan menggunung untuk menang.
Menurut Emma lagi, dia menyerahkan soal ABPBH 2012 kepada kelab peminatnya, EmmaVengers yang menurutnya rajin menganjurkan aktiviti dan melobi undian untuknya di Twitter.
Empat gambar Emma bersama si cantik Cha Cha Maembong di program Amazing Race anjuran majalah Mangga Sabtu lepas dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Wednesday, 28 November 2012

Adakah anda Takut?? Berani...

Apa yang anda takut?? buanglah ketakutan anda dengan setiap aktiviti lasak atau sebagainya, kita hanya perlu takut kepada Tuhan, bukan kepada apa-apa... Keberanian dalam diri mesti dipupukkan bagi melahirkan insan yang berkualiti dan berani menempuh cabaran, anda jangan takut,anda pasti berani.


Dari abang nara

Setiap orang ada ketakutan mereka yang tersendiri. Ada yang takut lipas. Ada yang tak boleh tengok kucing. Lelaki kacak seperti Abang Nara pun ada kelemahannya. Abang Nara takut dengan ketinggian.
fear factor
Nampak tak muka cuak Abang Nara di atas? Gambar ini diambil ketika Abang Nara cuba menaiki permainan “anti gravity” kat Sunway Lagoon. Menatang alah ini akan ditolak tinggi ke atas udara dalam masa beberapa saat sahaja. Memang seram gila!!!
fear factor
Lutut Abang Nara terketar-ketar masa ini. Akibatnya, dengan muka tak malu, Abang Nara suruh wife je gantikan. Abang Nara memang takut sangat-sangat dengan ketinggian. Pernah masa kat Korea pergi theme park Everland, Abang Nara menangis bagai nak rak bila naik roller coaster dan pirate ship.
fear factor
Jadi apabila Abang Nara tahu yang 30 orang selebriti Malaysia memasuki pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia, Abang Nara rasa teruja sangat. Selama ini diorang nampak macam hebat dan kool je kan? Menerusi program Fear Factor Selebriti Malaysia ini, confirm segala rahsia ketakutan mereka akan diketahui. Yeah ~~
fear factor
Dihoskan oleh pelakon kacak (tapi Abang Nara lebih kacak) Aaron Aziz, Fear Factor Selebriti Malaysia telah pun menjalani penggambaran di Cape Town baru-baru ini. Lasak tak lasaklah penggambaran yang dilakukan sampai Aaron Aziz yang tough nie pun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Nasib baik dah sembuh dah.
fear factor
Selebriti pilihan Abang Nara untuk Fear Factor Selebriti Malaysia tak lain tak bukan ialah Jehan Miskin. Badan tough, muka kacak, nampak aktif bersukan dan tak takutkan apa-apa. Rasa-rasa macam Jehan boleh menang je. Kalau tak menang pun, confirm masuk final punya.
fear factor
Antara selebriti lain yang turut join Fear Factor Selebriti Malaysia ini ialah Elfira Loy, Dafi, Johan As’ari, Didie Alias, Kaka dan ramai lagilah. 30 orang ini dibahagikan kepada 13 kumpulan dan akan berentap sesama sendiri. Hanya mereka yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal tertinggi akan layak bergelar juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
fear factor
Siapakah yang akan layak ke pusingan seterusnya? Siapakah yang akan tersingkir? Abang Nara harap Elfira Loy bertahan lama sikit. Boleh tengok aksi comel dia lama-lama. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Fear Factor Malaysia dan website Fear Factor Malaysia.

Thursday, 8 November 2012

Gambar Juliana Evans berseronok dengan jejaka Mat Saleh di USA

Gambar Juliana Evans berseronok dengan jejaka Mat Saleh di USA
Wahhh dulu digosipkan dengan zizan rajalawak, tetapi sekarang... Jom kita lihat gamabr Juliana Evans berseronk dengan jejaka Mat Saleh dari USA, Hensem jugalah Mat Saleh ni... Apa-apa pun saya ingin kongsikan sahaja berita ini, biasalah copy paste dari blog glamour, itulah sumber  utama,apa-apa pun blog ohartis.com jangan marah ya... dalam masa saya promote blog korang.


sumber http://ohartis.com

Fuh, ingat lagi masa Juliana Evans ni mula-mula keluar di kaca tv. Rancangan REMAJA di TV3 masa tu. Masa tu dia belum pun lagi mencebur diri dalam dunia yang betul-betul glamour seperti pelakon, model dan sebagainya. Apapun tahun berganti tahun, namanya makin dikenali apabila membintangi pelbagai filem seperti KAMI THE MOVIE dan yang terbaru sebelum melanjutkan pelajarannya di Michigan University, Hantu Bonceng lah kan bergandingan dengan kekasih lama, Abe Zizang (Zizan).





Menurut laporan dari sebuah forum tempatan, jejaka mat saleh ini bernama Nate Miller yang mungkin cinta baru buat Juliana Evans yang kini sedang menjalani kehidupan berbudaya bebas dan terbuka tentunya di Amerika Syarikat. Hurm, pandai-pandailah bawa diri di tempat orang. Jaga diri hiasi peribadi ya Juliana Evans :)

Sunday, 4 November 2012

Hangat@ (28 GAMBAR)Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle Dari FotoCantik Studio

Hangat@ (28 GAMBAR)Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle Dari FotoCantik Studio
Tahniah buat Farid kamil dan Diana kerana sudah menjadi suami isteri, semoga mereka berbahagia selalu dan dirahmati Allah s.w.t.

Sumber: http://beautifulnara.com

Mungkin betullah kata sesetengah orang, kalau mempunyai hubungan percintaan,elakkan pasangan kerap bergambar bersama, simpan sedikit kemanisan itu untuk hari bahagia. Boleh dikatakan jarang kita lihat Farid Kamil dan Diana Danielle bergambar bersama sebelum ini. Hari ini melalui Harian Metro Online Farid mengakui yang dia memang tidak mahu terlalu ‘exposed’ tentang perhubungannya dengan Diana sebelum ini.

Photobucket
Photobucket
 Kami bertemu di majlis Lord’s Tailor. Saya terserempak dengan mama dan terus bertanya, “Diana mana auntie?”. Kemudian saya bertanya lagi, Diana ‘single’ lagi ke tak? Saya tidak perasan yang dia di belakang saya.
Ketika itu dia menoleh dan terus bertanya awak single ke tidak? Kalau awak single saya nak ajak awak jalan sekali nanti dan selepas itu kami tidak pernah jumpa.
Satu hari saya menghubungi Diana. Saya mahukan dia untuk membintangi filem arahan saya. Dia tanya berapa banyak ‘scene’ dan saya kata tidak banyak. Tapi saya sambung ‘scene’ dengan dia di luar lokasi (ketawa).
Sebaik kami meyakini bahawa hubungan ini serius, kami berdua sepakat untuk tidak terlalu ‘expose’ kerana mahu menyimpan sedikit kemanisan untuk saat-saat bahagia seperti hari ini. Baru boleh duduk rapat-rapat dengan dia.
Macam itulah sifat terpuji seorang lelaki yang gentleman. Gambar romantik habis pada hari pernikahan saja. Di harap kata-kata Farid ini akan menjadi ikutan anak muda di luar sana agar tidak terlalu ‘exposed’ tentang perhubungan dengan teman istimewa untuk menjaga kemanisan hari bahagia. Buat pengetahuan anda, set gambar-gambar ini ialah dari FotoCantik Studio. Sila like Fanpage mereka sebagai tanda sokongan.


Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket