Sunday, 16 February 2014

Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'




Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret menetapkan 7 dan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali 'Kasanova' pada Oktober lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes hari ini.


Bagi pertuduhan pertama wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober lepas.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala tertuduh yang telah lebih 20 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C. Navarednam. - BERNAMA

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini
Tahniah saya ucapkan kepada Hanez Suraya, bagus kita bina masjid awal-awal ni. Semoga kekal berpanjangan. Beruntung ahli perniagaan yang dapat memperisterikan Hanez yang cantik menawan.

Satu lagi berita gembira untuk dikongsikan hari ini. Pelakon jelita, Hanez Suraya menerusi Metro Ahad semalam dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan pada tahun ini. Untuk makluman, Hanez kini berusia 29 tahun sementara bakal suaminya pula 34 tahun. Sesuai sangat dah umur tersebut untuk berkahwin kan?
hanez suraya
Menerusi kolum yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin, ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez Suraya untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan keluarga rapat kedua-dua belah pihak.
hanez suraya
Paling lama pertunangan akan diikat selama 6 bulan sebelum mereka berdua akan bergelar suami isteri. Tak sabar rasanya untuk melihat Hanez Suraya dan bakal suaminya diijabkabulkan. Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebelum ini pun Hanez sering kecewa dalam percintaan. Semoga kali ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Hanez dan bakal suami.

Wednesday, 1 January 2014

Ikan Matahari muncul di Kg Forest Sandakan, Sabah

kongsi dari Oh! Media,

 Terkejut juga saya lihat gambar Ikan Matahai muncul secara tiba-tiba di sandakan, Sabah.
Pelik tapi benarkan..Beanr-benar besar ikan matahari ini, kalau di makan boleh buat stok 3 bulan.hahaha

Perkongsian dari rakan WhatsApp Oh! Media: "Salam,terbaca satu artikal dari seorang kawan. Ikan Matahari muncul di Kg Forest Sandakan, Sabah. tq.." — with Zaiton Ali.





wahhh besar gilerkan... kenapa ikan sebesar ini naik ke darat?? satu pertanyaan.

Tuesday, 17 December 2013

Apply Loan Belajar


Pening-pening memikirkan apabila kita layak dan mendapat tawaran sambung belajar di ipt/ipts. Pasti kita sudah tahu bila belajar mesti ada bayarannya yang dikenali sebagai loan belajar, ini normal disebut oleh para belajar masa kini. Nak apply loan belajar bukan senang bukan susah tetapi yang menjadi senang apabila kita cukup syarat apa syarikat atau pihak yang memberi loan itu.

Antara yang famous loan belajar ialah loan PTPTN dan MARA. Anda boleh memohon dari mereka, selain itu kita juga boleh apply biasiswa, banyak yayasan terdapat di malaysia seperti yayasan pahang dan sebagainya.

Jangan pening jangan panik, cari slow-slow dan ikut arahan yang betul. Belajarlah untuk diri anda keluarga dan negara.



Lelaki Larikan Ipad Akhirnya Jatuh Jua...

Lelaki Larikan Ipad Akhirnya Jatuh Jua...

Berita dari sinar harian hari ini menyatakan tentang seorang lelaki telah menlarikan Ipad, berani sungguh lelaki itu, tetapi dalam masa 24jam akhirnya lelaki yang larikan Ipad ini jatuh ke tangan polis jua. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.



Lelaki larikan Ipad ditahan dalam tempoh 24 jam
  • Pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti pecah rumah dijumpai dalam lori dilarikan dua suspek yang ditahan di Menglembu.

IPOH - Seorang lelaki ditahan polis apabila didapati memecah masuk rumah jirannya dan membawa lari komputer tablet jenis Ipad, di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian itu disedari mangsa kira-kira jam 3 petang apabila mendapati kesan umpilan di pintu depan rumahnya.

Menurutnya, suspek berusia 40 tahun ditahan itu berdasarkan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, kita menjumpai kembali Ipad milik mangsa.

“Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau dalam jenayah yang sama ditahan reman tiga hari dan polis berjaya selesaikan kes dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, semalam.

Chang Keong berkata, selain kes itu, polis turut menyelesaikan dua lagi kes pecah rumah malahan berjaya menahan tiga suspek dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

Jelasnya, pada 7 Disember lalu, dua pekerja sampingan ah long ditahan ketika cuba memecah masuk rumah seorang penduduk di Taman Bukit Merah, Menglembu.

“Ketika kejadian, dua lelaki berusia 38 dan 26 tahun  memandu lori yang dicuri  di Taman Rishah dua hari sebelum ditahan.

“Setelah menerima maklumat awam, peronda tiba di lokasi kejadian dan menangkap suspek yang ketika itu sedang mengumpil pintu," katanya.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai beberapa peralatan untuk melakukan pecah rumah dalam lori itu dan kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Chang Keong berkata, pada Jumaat lalu pula, seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap bersama beberapa barangan curi di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai.

Katanya, Lelaki yang berasal dari Raub, Pahang mempunyai empat rekod jenayah lampau dan ditahan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, rakan suspek yang terlibat dalam kejadian itu melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Usaha mengesan rakan suspek sedang dijalankan dan orang ramai diminta berhati-hati ketika meninggalkan rumah terutama pada musim percutian,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/lelaki-larikan-ipad-ditahan-dalam-tempoh-24-jam-1.231702

Thursday, 1 August 2013

Thursday, 6 June 2013

Tahukah anda Kegunaan Air Mani Lelaki/Wanita ??




1. Air mani boleh menyebabkan alergik 
Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. Ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh. Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga 
Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes. Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.
3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki 
Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi(stress) wanita 
Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi 
Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis
Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.
sumber nicknashram
Hukum bagi jawapan dia atas, menelan air mani, menghisap, dan sebagainyer diulas lebih lanjut dibawah, click URL tersebut:


Hukum Isap suami punyer dan menelan


ulasan

Lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya.  Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan.
Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat².
Khasiat lain sperma untuk wanita:
* Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
* Mengurangkan jerawat.
* Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Mani
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad.
Hukum bagi jawapan dia atas, menelan air mani, menghisap, dan sebagainyer diulas lebih lanjut dibawah, click URL tersebut:

Thursday, 16 May 2013

Berita sukan - Neymar ke Bayer Munich Hiquin ke Arsenal



Dengar khabar neymar permain terhebat termuda masa kini memilih untuk bersama Buyer?? betul ke?? bacalah metro, sama juga denga hiquain ke arsenal. Musim depan EPL menjadi makin hebat semakin sengit nampaknya... Neymar akhirnya berpindah juga keluar dari negara brazil merantau mencari resepi bolasepak baru.



Jom baca berita hari ini.

Friday, 22 March 2013

David Villa terima Padah

David Villa terima Padah









David Villa terima padah.


Christiano Ronaldo : Bagi saya,David Villa terkena azab daripada Tuhan umat Islam selepas dia menghina sahabat saya iaitu Mesut Özil dengan mengatakan "F#@K Muslims". Ozil sebelum beraksi selalu membaca doa dan dia marah orang meghina islam kerana islam adalah agamanya. sejak akhir-akhir ini,Villa sering mengalami kecederaan yang berpanjangan secara berterusan. Paling terbaru,dia terkena penyakit batu karang. Saya lihat sebelum insiden dia dan Ozil,dia merupakan pemain yang sihat dan cergas. Ozil pernah berkata pada saya bahawa itulah azab dan hukuman yang Villa terima selepas menghina Allah S.W.T.



Itulah jangan kita sesekali menghina agama orang lain,tidak kira agama apa, lagi-lagi agama islam.


Thursday, 18 October 2012

Pasukan Mana Pilihan Anda Kelantan vs ATM

Pasukan Mana Pilihan Anda Kelantan vs ATM




Debaran menanti permain, peminat dan segalanya di malaysia, menunggu saat dan bermulanya perlawanan akhir final piala malaysia di antara kelantan vs atm. Jangan tunggu lama-lama dapatkan segera tiket dijual berhampiran anda. Perlawanan di adakan di stadium shah alam pada 20/10/2012 sepak mula jam 8.45 pm.

Bagi mereka yang tidak dapat pergi ke stadium atau anda tidak berada di depan tv, anda boleh melayri laman web menyediakan perkhidmatan streaming. Anda boleh ke link ini http://vecasts.blogspot.com/ atau http://portalsukan.com/tag/live-streaming-astro-arena/  atau http://www.kakionline.net/2012/04/astro-arena-live-streaming.html .

Semoga anda dapat menonton perlawanan yang mendebarkan. Saksikannya nanti.

Monday, 3 September 2012

Pasukan Liga-M lamar Owen? betul ker??

Pasukan Liga-M lamar Owen? betul ker??



 
Michael Owen belum menyertai mana-mana kelab meskipun tempoh perpindahan pemain di EPL sudah berakhir 31 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR - Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M).
Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu.
Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu.
Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen.
Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31.
Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia.
Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).
Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan.
Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City.
Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England. Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol.
Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol.

Tuesday, 7 August 2012

Azizulhasni tewas bermaruah

Azizulhasni tewas bermaruah


Tiada rezeki, azizulhasni awang tidak dapat sebarang pingat, tetapi perjuagannya sangat bermaruah, saya melihat semalam jika beliau tidak dihimpit oleh pemain lain beliau pasti sudah mendapat pingat, yang penting usaha keras beliau untuk Malaysia. Go Azizul, kamu memang hebat.



petikan dari http://www.bharian.com.my

London: Azizulhasni Awang memberi persembahan terbaik tapi akur lima lawan lain lebih perkasa apabila hanya mampu mendapat tempat keenam dalam final acara keirin lelaki yang sesungguhnya mencipta penyudahan dramatik di Velodrom Olimpik, awal pagi tadi.

Satu ketika dia tampak berada dalam kedudukan memburu podium tetapi apabila detik penting mencecah garisan penamat, legenda British, Chris Hoy lebih cemerlang untuk menang pingat emas dengan perak menjadi milik Levy Maxmilian dari Jerman dan Simon van Velthhoven dari New Zealand meraih gangsa.