saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang membuat pinjaman perumahan atau apa-apa pinjaman dengan berkesan serta lulus dengan mudah, ada di antara kita orang kaya atau senang tetapi bila ingin membeli rumah atau apa-apa sahaja berkenaan dengan pinjaman pasti tersangkut. Banyak faoktor mempengaruhi sebenarnya kenapa pinjaman kita tidak lulus. Di sini saya ingin terapkan teknik-teknik meningkatkan peratusan lulus pinjaman anda.Pasti lulus jika anda ikut dengan cara betul. Pihak bank sebenarnya ingin melihat kita komitmen menyimpan atau membayar sesuatu pinjaman, kita hanya perlu membuat mereka yakin dengan kita. Baca selanjutnya...
6 CARA UNTUK MENINGKATKAN PERATUS KELULUSAN
Untuk
mendapatkan ‘temuduga’ kerja bukanlah merupakan perkara yang amat
merumitkan. Bahagian yang agak payah adalah apabila berdepan dengan
kemungkinan bakal bos dan pada masa itulah dirasakan semuanya bergantung
kepada interaksi temuduga pada masa itu.
Tidak banyak bezanya juga di sebalik mendapatkan pembiayaan perumahan.
Agak
mudah untuk menjumpai dan melepasi gred permulaan institusi pembiayaan
perumahan. Tetapi untuk mendapatkan mereka menawarkan jumlah pembiayaan
sebenar yang diperlukanlah agak sukar dan tidak dapat dijangkakan.
Teruskan membaca pedoman tertera untuk melihat bagaimana caranya untuk memenangi mereka.
1. Elakkan Diri Dari Pinjaman-pinjaman Yang Lain
Jikalau
anda merancang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan perumahan dalam
masa terdekat, jangan terlalu ‘mewah’ dalam melakukan sebarang
perbelanjaan.
Cuba untuk tidak mendapatkan pinjaman kereta, pinjaman peribadi ataupun sebarang pinjaman yang lain.
Jikalau
terpaksa juga, cuba untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman tersebut
sebelum menghantar permohonan untuk sebarang pinjaman/pembiayaan
perumahan.
Cuba
untuk melangsaikan semua hutang-hutang kad kredit. Ia bukannya
bermaksud dengan berhenti menggunakan kad kredit tetapi cuba pastikan
yang anda tidak membawa ke depan baki hutang kredit ke bulan akan datang dan hanya membayar nilai minimum.
Semua
perkara yang tersebut diatas bertujuan untuk mengelakkan diri anda
daripada berada dalam situasi ‘berhutang’ apabila hendak memohon
pinjaman/pembiayaan.
Institusi
pembiayaan perumahan mempunyai tanggapan bahawa apabila seseorang itu
mempunyai pinjaman yang besar atau banyak, sebahagian besar
pendapatannya semestinya akan digunakan untuk melangsaikan
pinjaman-pinjaman tersebut. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu
kemungkinan besar tidak akan mempunyai wang yang lebih untuk
menyelesaikan pembiayaannya itu.
Selain
itu, tidak mempunyai tanggungan pinjaman yang terlalu banyak untuk
difikirkan semestinya adalah lebih baik untuk seseorang individu.
Tetapi,
perlu diingatkan bahawa jikalau memang mempunyai hutang pinjaman,
jangan cuba untuk menyembunyikannya. Jikalau tidak, permohonan memang
tidak akan dipertimbangkan lagi.
2. Elakkan Diri Daripada Mengeluarkan Amaun Wang Yang Banyak Dari Akaun Bank
Pastikan
diri untuk tidak menggerakkan/mengeluarkan wang yang banyak dalam
jangka masa 6 bulan sebelum memohon pinjaman/pembiayaan. Pihak institusi
kewangan akan meminta penjelasan sekiranya terdapat sebarang
pengeluaran wang yang banyak atau kemasukkan wang yang banyak secara
tiba-tiba.
Elakkan diri daripada membuat sebarang pembelian besar semasa dalam tempoh membeli rumah.
Jangan melakukan perkara yang akan menghalang kemampuan anda untuk membuat pembayaran balik pinjaman/pembiayaan.
Cuba untuk mengekalkan baki yang seimbang dalam akaun-akaun bank.
Simpan
wang yang cukup dalam bank untuk meyakinkan pihak insitusi kewangan
bahawa anda mampu untuk membayar ‘margin amount’ dalam lingkungan 15
atau 20 peratus.
Selalunya,
insitusi pinjaman/pembiayaan kewangan tidak akan membayar seluruh
jumlah pinjaman/pembiayaan yang anda perlukan untuk membeli rumah.
Jumlah pinjaman/pembiayaan dalam 80 peratus dan anda perlu menanggung
baki 20 peratus. Ini dikenali sebagai ‘margin’ pembiayaan. (Walau
bagaimanapun, terdapat institusi pembiayaan yang akan memberi pembiayaan
sehingga 100% termasuk MRTA bergantung kepada terma dan syarat tertentu seperti panel ‘developer’ dan sebagainya.)
3. Rangkumkan semua pendapatan selain daripada gaji pekerjaan
Sekiranya anda
mempunyai pendapatan tetap sampingan seperti penyewaan rumah dsbnya,
sertakan maklumat tersebut semasa memohon. Ia akan membantu dalam
mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.
Insitusi pembiayaan
tidak akan mengambilkira pendapatan sampingan yang tidak tetap seperti
pendapatan kapital ataupun pulangan faedah daripada sumber-sumber lain
dalam menentukan kelayakan pembiayaan. Walaupun begitu, ‘security’
tambahan seperti ‘bonds’, ‘Fixed Deposits’, dsbnya akan membantu
meningkatkan ‘kredibiliti’ anda.
4. Cuba Untuk Mengekalkan Pekerjaan Yang Tetap
Kerapkali menukar pekerjaan dalam tahun sebelumnya memohon pembiayaan boleh merendahkan peluang anda memdapatkannya.
Sekiranya anda menukar
pekerjaan daripada yang berpendapatan tetap kepada pekerjaan
‘self-employed’ atau persendirian, adalah amat sukar untuk mendapatkan
pembiayaan. Institusi pembiayaan akan memerlukan anda untuk menunjukkan
yang syarikat anda telah beroperasi selama beberapa tahun, dan
mengisytiharkan keuntungan dan yang menunjukkan pulangan tetap.
5. Lebih baik untuk memohon lebih dari seorang individu
Jikalau institusi
pembiayaan tersebut tidak dapat memberikan jumlah amaun yang anda
perlukan, anda boleh cuba mendapatkan pemohon bersama (‘co-applicant’).
Individu tersebut perlulah mempunyai pendapatan yang tetap dan
konsisten. Ini boleh membantu sekiranya anda memerlukan jumlah
pembiayaan yang lebih tinggi.
- Pemohon bersama tidak semestinya mempunyai pendapatan tetap.
Pendapatan ‘home-based’ seperti daripada kelas tuisyen ataupun upah
menjahit juga akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, intstitusi
pembiayaan tersebut mungkin akan memerlukan rekod cukai pendapatan
difailkan setiap tahun.
- Cuma saudara terdekat dalam keluarga anda yang dibenarkan menjadi
pemohon bersama –> ibubapa-anak, suami-isteri… Dalam kes-kes
tertentu, adik-beradik dibenarkan.
- Permohonan bersama tunang boleh dipertimbangkan tetapi amaun sebenarnya hanya akan dibayar setelah perkahwinan dilangsungkan.
- Sekiranya institusi pembiayaan tersebut memerlukan pemohon bersama
dan anda tidak dapat melakukannya, anda akan diperlukan untuk
mendapatkan penjamin (‘guarantor’).
6. Kepentingan mendapatkan Guarantor
Walaupun segelintir
institusi kewangan tidak akan mendesak dalam mendapatkan penjamin,
mendapatkannya akan meningkatkan kredibiliti anda.
Dalam kes-kes tertentu seperti di bawah, institusi kewangan akan memerlukan seorang penjamin:
- Pemohon yang bekerja sendiri tetapi kekurangan dari segi kelayakan profesional.
- Terdapat kemungkinan yang pemohon akan ke luar negara untuk tugasan jangka masa panjang (seperti dalam industri perisian IT)
- Pemohon sering dipindah (‘transferred’).
- Pemohon tidak menetap di bandar dimana hartanah dibeli
- Pemohon memohon sendiri dan tidak mempunyai pemohon bersama.
Sahabat ataupun ahli
keluarga boleh menjadi penjamin walaupun ini tidak digalakkan untuk
mengelakkan sebarang ‘kejadian’ tidak diingini di masa hadapan.
Perlu diingatkan bahawa seseorang penjamin itu perlu memenuhi kriteria dari segi umur dan pendapatannya.
Sekiranya anda gagal untuk membayar balik pembiayaan, penjamin anda yang perlu membayar bayaran tersebut.
Rasional di sebalik
mendapatkan penjamin adalah untuk meletakkan kewajipan terhadap anda
untuk membayar ansuran pembiayaan setiap bulan (EMI). Jikalau terdapat
sebarang kemungkiran walau apa sebab pun dalam pembayaran, penjamin anda
mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut.
Inilah serba sedikit berkenaan dengan 6 cara untuk anda mendapatkan ‘kepercayaan’ institusi kewangan/perbankan.
Sekiranya pihak mereka masih tidak yakin, anda boleh meminta cadangan untuk meningkatkan kredibiliti anda.
sumber :http://homeloan2u.wordpress.com