gambar hiasan sahaja |
Ramai di malaysia yang menggangur kerana jawatan yang di sediakan tidak mencukupi, lagi-lagi dalam bidang kerajaan, selain itu, dengan adanya banyak lambakkan ipta dan ipts membuatkan rakyat malaysia yang berpendidikkan terlalu ramai. Di sini akan wujudkan persaingan di antara graduan-graduan. Jawatan kosong setiap tahun tidak mencukupi. Saya lihat, di sini berlakunya ramai yang tidak berkerja dan duduk di rumah sahaja, bagi keluarga yang kaya tak apa lah. Jika keluarga miskin, mana mak bapa nak tanggung sampai ke tua, malah nak kahwin pun susah. Proses ini akan membuat setiap graduan tidak dapat memenuhi kehendak masing-masing. Kerajaan perlu mengambil berat tentang jawatan yang sedia ada sekarang, dengan pencen semakin kurang, dulu dari 55tahun ke 56tahun, sekarang sudah 60tahun baru pencen, penjawatan dalam kerajaan akan kurang.
Saya lihat disinilah bermula berlaku perkara-perkara tidak diingini seperti mencuri, dan muflis. Kita jangan pandang hanya kerana diorang tidak berusaha, ya kita semua perlu berusaha, jika penggangur semua jadi nelayan,jadi pengemis,jadi penjual nasi dan macam-macam, lama ke lamaan semakin ramai yang penggangur melakukan perkara begini membuat lambakan bisnes dan proses ekonomi jual beli makin berkurang, ada juga bidang di ceburi tak menjadi.
Maafkan saya, saya hanya bercerita apa yang saya rasa, jika salah boleh tegur saya. ini cuma luahan saya apa yang saya lihat,saya juga penjawat awam. Banyak saya lihat syarikat swasta menindas pekerja melayu atau malaysia,lagi-lagi yang tiada kelulusan, di paksa over time, tak boleh cuti. Cuti sehari gaji di potong 3hari, malah cuti tahunan tiada, ini hakikat terjadi di Malaysai, sebab saya pernah alaminya, Bapa saya cuti tahunan tiada, bila cuti potong gaji berlipat ganda, pernah buat aduan di Pejabat Buruh tetapi tindakan tidak di ambil,sebab bapa saya orang biasa,tiada SPM, tiada Dipolma dan sebagainya. renungkanlah. inilah pengalaman saya tetapi saya bersyukur saya salah seorang yang berkerja tetap dan sebagai penjawat awam.
Majulah Malaysia untuk rakyat malaysia.
0 comments: