Sunday, 12 May 2013

Lama Tak Post Blog

Salam 1 Malaysia, lama tak berblog, rugi pula rasanya. hehehe anda semua dah lari ker?? jangan lari, setialah pada blog ni.. kerana bermacam-macam anda dapat disini untuk mengisi masa kosong anda.
kekadang blerr juga nak buat post dekat blog ni, nak copy orang punya tak boleh, dosa,hehehe. Datang kerja pagi-pagi isnin ni memang mengatok sangat. Rasa nak lari tidur jer.

Ermmm apa cam anda semua?? da buat blog jana income tak hari ni?? kalau tak da,tak da rezekilah tu, yang penting kita mencuba, betul tak? saya dari tahun 2007 sampai sekarang masih mencuba, dapat pun sikit jer.. Yang penting kita ikhlas.

Bagi yang da duit lebih sikit boleh belajar atau upah orang yang memang terrer cari income dekat internet jer.. yang pasti anda kene hati-hati mencari guru.

Okla saya pun tak tau lagi nak tulis apa, yang penting da juga post sikit-sikit dekat blog ni, bukan apa takut pelawat alri jer kalau abaikan blog. bosan dengan cerita lama jer.

Salam...

Sunday, 7 April 2013

Malas Nak Berkerja



Bila saja masuk hari isnin, pasti ramai yang malas nak mula kerja, saya sendiri pun malas.. maklumlah dah cuti ingin nak cuti panjang lagi, kan best tak berkerja duit masuk, macam-macam rasa, rasa nak tidur, rasa nak balik rumah tidur, malas mengawal minda kita. Malas nak kerja buat kita lemau.. tak bermaya, tapi kalau ditempat kerja kita ada penyeri memang lajulah pergi kerjakan. Ingat zaman sekolah dulu, kalau da cikgu cantik sangup belajar, sangup siapkan kerja sekolah,biar cikgu nampak kita perfect jer..

Sama juga di waktu ipt, pantang da pensyarah lawa, pasti antara orang terawal masuk bilih kuliah,
apa-apa pun sikap malas masih ada, sampai jadi macam ni dah..

Teringin sangat nak tidur macam ni, bos datang pun buat bodoh jer.. atau saya nak macam ni
lagi best, tidur lena terus, ni lah sikap malas di campur dengan hasutan syaitan, syaitan juga di persalahkan, hahaha...

kalau macam ni, banyak beranganlah nampaknya, kerja tak siaplah.. asyik fikir jer.. kerja tak jalan..

Apa-apa pun, aku nak buat sikap malas aku, mulai sekarang aku nak rajin, aku nak berjaya seperti ini,
Ermmm inilah pekerja yang bagus, hasilnya pun bagus, mana tahu lama-lama saya jadi seperti ini, memang seronoklah boleh buat apa sahaja kalau ada ini.


Apa yang penting niat dan usaha kita untuk berjaya, tiada siapa boleh tolong kita menlainkan kita sendiri mengubah nasid kita. Usaha tangga kekayaan, tak semestinya kaya duit kaya harta, kerana usaha kita dapat bermacam-macam kaya seprti kaya budi, kaya keikhlasan, kaya kejujuran, kaya budi bahasa. Apa-apa pun selamat berkerja.




Friday, 22 March 2013

Rezeki Allah s.w.t ( pendapatan Nuffnang )

Syukur alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini rezeki saya makin bertambah, itulah berkat usaha dan doa-doa yang tersayang. Rezeki Allah ini ada di mana-mana sahaja, janji kita usaha, mau lebih usaha lebihlah. Kekadang bila berusaha tidak mendapat hasil kita harus bersabar dan terus mencuba. Lama sudah saya jarang berblog tetapi income dari blog adelah juga sikit, lagi-lagi dari pakcik nuffnang ni.. Nuffnang memberi saya pendapatan yang ok juga, bolehlah beli topup tiap-tiap bulan tu..

Anda tak percaya ker?? tak caya tengok pic di bawah ni.. income saya bulan ni, walaupun sikit tetapi saya tetap beryukur, amin.






Tuesday, 12 March 2013

Anakku Sayang

Salam 1malaysia buat pembaca-pembaca blog saya.. hari ni saya nak kongsikan picture anak saya  yang sudah masuk 2bulan...saya sayang sangat-sangat anak saya seorang ni.. ini permata cahaya saya.. Syukur kerana Allah memberi saya zuriat yang sihat.. Anakku sayang..

Doakan anak saya jadi anak yang berguna dan soleh ye..









Comelkan.. kalau comel komen ye..heheheh

Sunday, 13 January 2013

Anak Pertama saya & isteri

Assalamualaikum..

Lama saya tak postkan apa-apa cerita disini.. yela sibuk memanjang jer.. sejak sebulan dua ni saya kene tanggung tugas lagi..rezeki mencurah-curah.. Saya nak kongsikan pengalaman paling berharga buat saya dan isteri.. Alhamdulillah di murahkan rezeki kami berdua mendapat cahaya mata pertama. Anak pertama ini kami namakan Muhammad Taufiiqul Hakim. Sedap tak namanya??

Ada sedikit gambar anak kami kongsikan bersama anda.. Doakan kami berbahagia selalu dengan kehadiran cahaya mata ini.. Thank you Allah.. emmmmmuuuahhhhhhh!!!!!



Sunday, 11 November 2012

Ada sesiapa boleh Bagi cadangan Untuk Nama Bayi Lelaki

Salam semua, lama saya tak berblogkan... asyik sibuk dengan kerja ja. Wife saya mengadung sudah masuk 7bulan lebih, tetapi nama baby belum lagi cari. Hari tu pergi scan dapat bayi lelaki, jadi nak cari nama bayi lelakilah.

Wife bagi cadangan letak nama belakang dzulkarnaim, ala nama pahlawan islam, iskandar dzulkarnaim, masa tu tengok astro oasis. Cadang-cadang nak letak nama pangkal S, sebab saya S, peninglah.. nak cari nama-nama baik, niat wife nak bayi lelaki ni masuk tahfiz,jadi anak soleh, yela sebab dah niatkan... Biar bayi ni nanti jadi abang yang bertanggujawap dan jadi anak yang soleh.. Harap-harap macam tu la.. amin..

Boleh bagi cadangan tak?? peninglah fikirkan nama ni, kan kalau salah bahaya, malah nama membawa banyak maksud..

Apa- apa pun saya harap dapat cari nama-nama anak nanti, sesiapa boleh tolong, bagi komen ya..
Thank you all.

Tuesday, 30 October 2012

Hangat sangat Dengan Cerita Seks (datin, cikgu dan sebagainya)

      Salam semua, saya tak tau nak cerita tentang apa, tetapi ada serba sendikit benda saya ingin kongsikan dengan anda semua, bila saya boring-boring cari keyword yang nice punya, saja jer test keyword seks,jangan anda fikir bukan-bukan pula ini hanya perkongsian semata-mata, tengok-tengok dekat carian malaysia amat banyak, seperti keyword cerita seks dengan datin, kisah seks dengan cikgu, seks dengan adik ipar dan sebagainya.

Nak diceritakan, keyword seks di malaysia amat dicari-cari dan di antar yang popular. Ada yang carian seks dengan isteri tu oklah sebab nak cari ilmu ke,cari teknik yang bagus bila bersama ke, tetapi yang cari untuk bahan bacaan untuk naikkan ghairah nafsu atau gambar bagi masyarakat islam amat-amat tidak elok, dan dilarang di dalam islam. Cerita seks boleh membuatkan otak seseorang itu menjadi biru,maksudnya otak dah beku.. Asyik berangan tentang seks dan sebagainya, antara kes-kes rogol atau raba menraba adalah disebabkan tentang carian keyword seks ini.

Cukuplah sekadar kongsian, bagi yang beragama islam saya memesan kepada diri saya dan diri anda,jauhilah bahan bacaan seks atau gambar seks yang tidak berfaedah ini, jika tidak tahan sangat kahwin cepat-cepat bagi yang muda,yang sudah kahwin lepaskan nafsu dekat isteri,kan sudah halal.. kuatkan iman anda semua.

Jika saya salah tolong maafkan dan perbetulkan ya... Salam.

Tuesday, 16 October 2012

(Dinner) Konvokesyen UPNM kali ke-3 di Hotel Royale Chulan

Salam semua, lama saya tak post blog tentang saya sendiri... Ahad yang lepas 14/10/2012 saya bertugas di bahagian technical untuk persiapan majlis makan malam konvokesyen UPNM kali ke-3 di hotel Royale Chulan. Disini saya ingin kongsikan beberapa gambar detik-detik saya di sana.

Hotel Royale Chulan ni memang cantik berkelas 5 bintang... Cantik tempatnya, selesa dan betul-betul ditengah kota, berhampiran dengan klcc.

Malas nak cakap banyak, jom kita tengok gambar saya di sana, saya ni bukanlah hensem sangat pun,hehehe sekadar kongsian dengan anda semua..tak suka tak apa, kalau suka tinggal komen ya...
























sumber gambar: https://www.facebook.com/Dewakacak?ref=ts&fref=ts  dari Kamal Hafizin. * sebarang pertanyaan atau perlukan fotographer boleh ke facebook beliau.

Ok tak semua, janji ok ya... apa-apa pun janji anda hepy ya... bye..







Sunday, 2 September 2012

Tema Baju Raya Tahun Ini

Salam dan selamat beraya yang masih beraya lagi pada hari ini, bagi yang menunaikan puasa 6,tahniah buat anda.. Tema baju raya saya dan isteri pada tahun ini ialah ungu, ungu warna kegemaran saya.

Nak tengok baju raya kita orang... lihat gambar di bawah...



Cantik tak? harap-harap ok ya...









Thursday, 16 August 2012

Berbuka Dengan Pizza Hut, Terbaik!!!

Haaa... lega rasanya dapat berbuka, lagi-lagi berbuka di pizza... Perkene pula dengan air gas... memang lega dan hilang rasa kehausannya. Isteri saya macam biasalah, orang mengadung makan banyak sikit,berbadan dua katakan.

Tetapi service slow sebab terlampau ramai.. nak tengok gambar apa yang saya dan isteri makan dahulu dan apa yang terjadi di pizza hut?? jom kita tengok, sudah macam drama televisyen dah.


ketika membuat tempahan...


Selepas 5minit....


Selepas 10minit, lebih kurang





Selepas 30 minit






Selepas 5minit, sebab lapar,hehehe




Selepas 3minit...

Selepas 20minit






Selepas 5minit baru dapat pizza hut.



Last sekali bil dapat. Sedap tapi lambat.

Selamat mencuba.







Wednesday, 15 August 2012

Sekilas Berbuka Di Flaming Steamboat di Shah Alam

Hi... berbuka sekejap di flaming steamboat di shah alam, murah juga dalam rm28 satu kepala... Tetapi ramai sangatlah... Lagi satu, surau kecil,boleh masuk 2orang jer..kalau badan besar lagilah sorang jer... Tempat berwuduk kongsi perempuan lelaki, terlanggar terpaksa sekali lagi ambil.

Apa pun steamboat sedap jugalah sesuai dengan harga.






Sempat makan sikit jer..nak makan nasi tapi dah habis,terlampau padat orang, baru jer nak suap ke mulut orang langgar dan tarik kerusi,memang tension betul...

jom pi makan steamboat....







Monday, 13 August 2012

Memebeli belah Di Masjid Jamek (Jalan TAR) Menjadi Pilihan

Salam,

Raya dah dekat dik oiii.. abang kakak pakcik makcik, apa tunggu lagi,shopping baju raya sekarang, jangan last minit pula ya.. Semalam saya dan isteri sempatlah juga bershopping di masjid jamek atau dikenali jalan TAR. Ramai orang, bukan orang kita jer,orang luar pun ramai... nak jalan pun susah.

Seronok sebab banyak pilihan dekat sana, harga nak kata murah tak nak kata mahal tak, tapi shopping dekat Jusco, Giant dan lain-lain lagi ok kot. Ketika di sana pasti warga wanita yang paling seronok, termasuklah isteri saya, shopping sakan dia..








Jadi apa tunggu lagi,jika ada duit lebih shopping sekarang, buat pilihan dengan betul, jangan membazir ya.. Peace!!!