Berita Palsu Kematian Remy Ishak Tersebar: Khabar angin yang mengatakan pelakon terkenal Remy Ishak meninggal dunia adalah berita palsu.
Sudah banyak kali berita kematian palsu
sebegini dihadapi oleh artis dan pelakon Malaysia. Sebelum ini arwah Bob
Kuman juga pernah mengalami perkara yang sama semasa beliau masih
hidup. Kali ini, giliran Remy Ishak pula yang menjadi mangsa penyebaran
berita palsu kematian di laman Twitter.
Beliau yang sebelum ini dikhabarkan
telah dimasukkan di hospital kerana mengalami masalah jangkitan
paru-paru. Akibat dari itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab terlah
menyebarkan berita palsu yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia.
Padahal, menurut sebuah laman hiburan, Remy Ishak kini telah dikeluarkan
dari hospital kerana kesihatannya sudah beransur baik.
Menurut laman hiburan itu lagi, Remy
Ishak sempat menghadiri satu event yang dianjurkan oleh pihak Harian
Metro malam tadi. Diharap berita palsu sebegini tidak lagi berlaku dan
pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut sedar akan kesan buruk
perbuatan mereka. - Berita Palsu Kematian Remy Ishak Tersebar
0 comments: