Bermula Mac lalu, Misha Omar atau
nama sebenarnya Samiha @ Aishah Binti Omar, 30 telah dilantik menjadi
duta bagi sebuah produk kecantikan dari Jepun iaitu Shiseido. Bukan
senang untuk artis tempatan menjadi duta untuk produk antarabangsa, dan
ini membuktikan bahawa Misha Omar mempunyai personaliti dan auranya yang
tersendiri.
Merujuk sebuah portal hiburan tempatan iaitu Gua.com,
Misha Omar telah melahirkan rasa keterujaannya atas perlantikan beliau
sebagai duta bagi produk antarabangsa, Shiseido dan beliau turut
melahirkan perasaan tidak percaya. Selain itu, Misha turut menyatakan
bahawa beliau akan cuba menjalankan tanggungjawab dan menggunakan
peluang keemasan ini sebaik-baiknya.
Disamping itu, Misha Omar turut mengakui
bahawa semenjak perlantikan beliau sebagai duta produk
kecantikan Shiseido, beliau telah mula mengambil berat dalam penjagaan
kecantikan dan juga kesihatan. Di mana sebelum ini beliau hanya
melakukan tiga langkah penjagaan asas kulit sahaja iaitu membersih,
melembap dan menyegarkan, tetapi kini beliau mula sedar bahawa
penggunaan serum juga penting untuk mengekalkan kecantikan kulit,
tambahan pula usia beliau telah menjangkau 30 tahun.
Sempena perlantikan Misha Omar sebagai
duta Shiseido, produk kecantikan ini bakal melancarkan Set Pilihan Misha
pada bulan Julai nanti. Set ini akan diilhamkan sebagai set untuk
promosi Hari Raya, dan ia mengandungi enam produk serta dimuatkan dengan
satu cakera padat isimewa yang melampirkan single terbaru dari Misha
Omar yang berjudul “Angin Syurga”. Dalam cakera padat ini, ia turut
memuatkan satu lagu raya iaitu “Aidilfitri” dan juga lagu lama beliau
iaitu “Bunga-Bunga Cinta”. Set ini akan dipasarkan dengan harga RM300
bagi Semenanjung Malaysia, manakala bagi Sabah dan Sarawak ia akan
dipasarkan dengan harga RM310.
Jadi, jangan lupa dapatkan produk kecantikan Shiseido ini dipasaran pada bulan Julai nanti.Sumber : Gua.com
0 comments: