Wednesday 20 June 2012

Dynas Sudah Namakan Bayi, Ikut Pantang Larang Ibu


Mungkin sudah ramai yang tertunggu-tunggu mahu melihat gambar bayi lelaki Dynas yang baru lahir kan?
Tidak seperti selebriti-selebriti lain, Dynas mengamnil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah bayinya yang baru dilahirkan pada 15 Jun lalu. Menurut Dynas yang dihubungi melalui telefon, dia mengambil langkah ini kerana mengikut pantang-larang yang dipesan oleh ibunya.
Apa pun, setelah hampir seminggu menanti, akhirnya Dynas memberitahu bahawa nama bayi lelakinya ialah Mohamed Haqaish Bin Mohd Hafizy. Sedap telinga OHBULAN! mendengar nama ini. Semoga nanti, anak lelaki Dynas bakal mewarisi bakat dan kebolehan seperti ibunya.
Tidak tahu pula berapa lama yang harus ditunggu, buat para peminat Dynas, kita nantikan saja gambar bayi lelakinya ini tidak lama lagi ya.
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: