Thursday, 14 August 2014

“Saya pakai spender merah, bra merah ” – Video KEEK kontroversi dari pelakon Sharifah Sakinah ( video dan gambar )













“Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.” – Antara ayat yang diungkapkan oleh pelakon Sharifah Sakinah iaitu adik kepada Sharifah Shahirah di dalam satu video pendek Keek iaitu laman sosial untuk video. Video yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah sambil berbaring dalam selimut ini sudah mendapat lebih dari 7 ribu view di YouTube. Sudah tentu bait ayat yang diungkapkan oleh pelakon wanita ini kontroversi selain mengungkapkan perkataan carutan seperti ‘F*ck’ beberapa kali. Jangan marah apabila wartawan Melodi dan gosip serbu akak ye selepas ini. Sendiri yang cari pasal, sendirilah yang menanggungnya.
SHARIFAH-SAKINAH-KEEK-2
SHARIFAH-SAKINAH-KEEK
SS1
VIDEO

Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'

Fattah Amin Dikritik Berlakon Macam 'Kayu'




Fattah Amin berjanji untuk berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Gambar ihsan: Pinography Official


KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Fattah Amin tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan-lakonannya masih lagi kaku.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar dengan kritikan orang ramai mengatakan lakonan saya macam 'kayu'.

"Tetapi jujurnya saya tidak pernah berkecil hati kerana saya masih baru dalam industri lakonan dan apa yang dikritik adalah satu teguran agar lakonan saya bertambah baik," katanya yang mula popular menerusi drama
Playboy Itu Suami Aku.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu.



[size=0.75em]Imej kacak Fattah Amin. Foto: Pinography Official



Baru-baru ini Fattah menerima kritikan di laman-laman sosial  yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculannya menerusi  drama Playboy Itu Suami Aku di TV3 yang mengakhiri siarannya pada Disember tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Fattah juga pernah terlibat menerusi drama Cinta Dari Marikh (RTM) dan Kerana Sarah (TV3).

Sementara itu tambah Fattah, selepas mendapat kritikan itu, dia mula mempelajari pelbagai teknik-teknik lakonan menerusi pelbagai filem yang ditonton selain mendapat khidmat nasihat daripada pelakon-pelakon senior dan pengarah.

Mengenai telenovela Cinta Ibadah, Fattah bergandingan dengan pelakon baharu iaitu Aishah Ilias sebagai pasangan suami-isteri.

Katanya, sepanjang dua tahun bergelar pelakon, telenovela ini antara yang mencabar lakonannya kerana ia mengambil tempoh penggambaran yang lama.

"Bayangkan, Cinta Ibadah akan ditayang sebanyak 130 episod dan ia akan dipanjangkan lagi sehingga 300 episod jika mendapat respons yang baik.

"Ini juga peluang untuk saya membuktikan kepada penonton bahawa lakonan saya tidaklah kaku seperti dahulu.

"Mungkin belum pada tahap yang bagus, sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki lakonan saya sedikit demi sedikit," ujarnya.

[size=0.75em]Antara mereka yang terlibat dalam telenovela Cinta Ibadah.


Selain Fattah dan Aishah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.

Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yanh dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

Cinta Ibadah arahan Ayie Mustafa dan Sridar Jetty bakal disiarkan bermula 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang menerusi saluran Astro Prima (105).

Terlanjur - Zul Ariffin yang sedang hangat dengan drama Rindu Awak 200%



7343_10152619415655827_2218089198435687019_n.jpg

Terlanjur - Zul Ariffin yang sedang hangat dengan drama Rindu Awak 200%  |  Zul Ariffin yang kini menjadi perbualan ramai sejak drama rindu awak 200% yang disiarkan setiap hari isnin hingga khamis pada jam 7.00pm. Pasti ramai yang tidak sabar menunggu episod demi episod drama rindu awak 200% ini. Sudah terlanjur merindui isterinya sampai 200%, mendalam rindun zul ariffin kepada isterinya dalam lakonan drama Rindu awak 200%.

Drama rindu awak 200% ini mula ditayangkan pada 15 julai bagi menggantikan drama "kerana terpaksa aku relakan" dan bersiaran sebanyak 28 episod.



Komen-komen peminat Zul Ariffin, Rata-ratanya semua peminat wanitakan.



Layan Daram RINDU AWAK 200%