Wahhh bila tengok nasi kerabu memang menleleh air liur.. yela dengan ramuan yang tersendiri rasa memang menarik, lagi-lagi nasi kerabu kelantan. Siapa pernah makan??? pasti nak lagi. Lagi elok kalau kita pandai memasaknya sendiri. Saya kalau balik kelantan, pasti suruh ibu saya masak nasi kerabu, bahan-bahan senang di cari kalau di kampung.. Jom tengok cara hidangannya
Petikan dari: http://aziejaya.blogspot.com
Nasi
kerabu memang sinonim dengan negeri kelahiran ku, negeri Che Siti Wan
Kembang yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Ada 2 jenis nasi kerabu
disediakan di Kelantan. Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan
lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa
adalah dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu.
Ada pula versi biru, yang tidak dimakan dengan kuah tumis, sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Di atasnya, diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin. Ini kira versi baru sebab masa kecil, saya hanya makan versi nasi kerabu putih jer. Tak tau lah kat tempat lain.
Saya memang belajar buat nasi kerabu ni sejak dari remaja dan kebetulan sekarang Nana pula memang suka makan nasi kerabu. Bagi memastikan kuah tumis yang sedap, saya sms my cousin Cik gu Wan Faizah bertanyakan cara cara beliau menyediakan kuah tumis yang sangat sedap. Beliau memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Kelantan seperti juga emaknya, yang saya panggil Kak Nik Bidah.
Kuah tumis ni saya buat malam tadi kerana ianya lebih sedap jika disediakan at least semalaman. Tapi frust sikit sebab kejadiannya tak berapa mengancam kerana walaupun memasak berjam lamanya, macam tak berapa naik minyak. Saya rasa santan yang diguna telah dicampur dengan tepung kot. Zaman sekarang ramai orang suka mengaut untung dengan cara begini. Zaman dulu saya tak tumis pun bahan kisar. Semuanya dimasak lama lama sehingga pecah minyak. Tapi kini kita perlu menjimatkan masa dan kos juga.
Ulam ulaman ni kalau di zaman dulu, kami masuk hutan untuk mencari ulaman dibuat nasi kerabu seperti daun penna, pucuk gajus dan macam macam lagi lah. Tapi zaman sekarang susah nak mendapatkan ulam macam tu, jadi sayur kubis digunakan sebagai ulam utama.
Kelapa parut pun telah digoreng malam tadi. Begitu juga ikan rebus. Pagi ini tinggal menyiapkannya sahaja serta memasak nasi dan menghiris ulam ulaman. Saya memang suka meratah sambal kelapa ini. Masa kecik dulu, sambil menumbuk sambal kelapa, sambil masuk mulut juga.
Walaupun nasi kerabu biru tapi saya sediakan juga kuah tumis. Kiranya nasi kerabu ni dah kawin kedua dua versi nasi kerabu lah. Sebab saya memang suka nasi kerabu original yang menggunakan kuah tumis. Sebab tak ada bunga telang, letak jer sikit pewarna biru. Tak nak letak warna pun tak apa, biarkan putih. Jom layan lah resepinya dulu...
Nasi Kerabu Kelantan
Nasi
Nasi
Masak
beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata
warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan
pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1
batang serai ketuk.
Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.
Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.
Nota:
Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan
lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah
malamnya.
Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.
Sambal Cili
Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.
Lauk pauk
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.
Lauk pauk
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai
Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.
Gaul rata dan sedia untuk dinikmati...
Enjoy...
Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.
Gaul rata dan sedia untuk dinikmati...
Enjoy...