petikan dari:http://salnboru.blogspot.com/2011/04/status-nikah-cina-buta-dan-selepas.html
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu,
Tuan Haji yang dihormati, saya nak bertanya tentang 2 perkara,
1. Dalam satu kuliah di masjid baru-baru ini, seorang ustaz memberitahu yang amalan mengupah orang bernikah dengan bekas isteri, bagi menghalalkan mereka untuk menikah semula, selepas talak 3, adalah dilarang di dalam syariat Islam. Tetapi nikah itu sah kerana adanya unsur persetujuan semua pihak terlibat serta telah mengikut semua syarat nikah yang ditetapkan. Pada saya, ini sebenarnya Nikah Cina Buta. Adakah sah pernikahan dengan niat begini dalam syariat Islam sepertimana dikatakan oleh ustaz tu? Bukankah mengesahkan nikah itu bermaksud perbuatan cina buta sendiri adalah sah. Saya keliru.
2. Semasa balik kampung baru-baru ini, ada anak jiran yang terlanjur dan mengandung luar nikah, pasangannya pula menghilangkan diri. Bagi menutup malu, keluarganya telah menikahkan dia dengan seorang yang bodoh-bodoh alang (kaum keluarga juga). Ini dibuat bagi menutup malu kepada keluarga. Hal ini menjadi kecoh sekampung dan macam-macam pendapat timbul. Adakah sah pernikahan itu dan adakah dalam Islam ini amalan nikah tutup malu. Yang ini pun saya keliru hukum sebenarnya.
Maklumbalas dari Tuan Haji sangat dihargai.
Wassalam.
Subject: Menikah Cina Buta Dan Nikah Selepas Mengandung
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta Sekelian Alam. Shalawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Shalafus Sholeh. A'mma ba'du. Moga Puan dalam limpahan rahmah Allah Swt. sentiasa.
Terima kasih kerana bertanya soalan. Maaf kerana saya lewat memberikan jawaban kerana ada beberapa kekangan tugasan yang perlu didahulukan. Saya kurang gemar menjawab hal fiqh ini kerana selalunya bertentangan dengan pendapat banyak orang, maka pastinya orang tak suka. Sementelahan pula, pendapat banyak orang ini pula telah dikataterima sebagai ijma' dan jumhur sebagai betul belaka tanpa pernah ditanya atau diperiksa apa dan mana dalilnya. Barang tentu, kita-kita yang tak sehaluan ini secara otomatik menjadi terlalu hina dan di'sesat'kan pula. Begitulah nasib minoriti dalam era demokrasi. Bagaimanapun, maklumbalas saya begini :
A. Nikah Cina ButaSeingat saya, sejarah amalan orang Melayu Islam dulu-dulu, apabila terjadi kes perceraian talak tiga, mereka akan mengambil jalan mudah dan menipu iaitu dengan ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam - biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan bekas isteri. Asal-usul amalan itulah yang disebut Cina Buta sehingga sekarang kerana melibatkan muallaf Cina. Pernikahan itu diatur dengan syarat, selepas berkahwin, si Suami akan menceraikan si Isteri selepas satu tempoh tertentu, bagi membolehkan si Isteri itu berkahwin semula dengan bekas suami yang mentalak 3 dia dahulu. Dan, si Suami itu akan diberi apa-apa ganjaran atau upah atas perbuatannya itu.
Saya kurang tahu bila amalan ini bermula, cuma dalam tempoh 20 tahun terakhir, tak pernah saya dengar nikah cina buta ini berlaku (mungkin ada lagi tapi saya tak tahu). Dari segi hukum-hakamnya, tidak juga saya ketahui bagaimana dan atas dasar apa ia dikatakan boleh diperbuat, tetapi begitulah saya dimaklumkan dahulu. Cina buta ini dalam istilah syara' adalah "Muhallil" iaitu orang yang akan menghalalkan semula nikah si Isteri dengan bekas suaminya. Manakala, bekas suaminya itu disebut "Muhallal lahu" bermaksud orang yang dihalalkan semula baginya bekas isterinya itu. Sepanjang rujukan saya, tiada sebarang istilah khusus bagi si Isteri, cuma menurut pendapatan saya, dia selayaknya dipanggil "barang dagangan".
Amalan muhallil ini sebenarnya dilarang, diharamkan dan dikeji dalam Islam. Ianya amat bertentangan prinsip perkahwinan yang dituntut syara' dan menjadikan wanita setaraf pelacur dan pemuas hawa nafsu semata-mata. Dasar perkahwinan dalam Islam adalah menghalalkan percampuran lelaki dan wanita (lawan kepada zina) yang dibuat dengan penuh ketulusan dan keikhlasan sejati. Tidak ada tersirat maksud tipu daya atau penipuan terhadap hukum atau hanya sekadar seronok-seronok sahaja. Tujuan perkahwinan yang dituntut oleh Allah Swt. adalah rumahtangga yang kekal, penuh kasih sayang dan cinta, serta sedia mengembang biak keturunan. Semuanya dibuat penuh ikhlas yaitu kepada Allah Swt. semata-mata, bukan kepada selainnya.
Allah Swt. menyuruh supaya perkahwinan dimulakan dengan penuh kehormatan, kemuliaan dan keihkhlasan sepertimana firmanNya di dalam Al Qur'an ul Aziiz :
"...... kerana itu, kahwinilah mereka dengan seizin tuan mereka dan berilah maskahwin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan (pula) wanita yang mengambil lelaki lain sebagai piaraannya, ....".
Surah An Nisa' (4) : ayat 25
Allah Swt. menyuruh supaya berkasih sayang, rela merelai dan saling mencintai antara suami dan isteri dalam berumahtangga sepertimana firmanNya di dalam Al Qur'an ul Qahaar :
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isterimu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir'.
Surah Ar Ruum (30) : ayat 21
Perkahwinan cina buta secara zahirnya seolah-olah kelihatan menepati ketetapan hukum, akan tetapi niyatnya, tujuannya dan sifat perbuatannya penuh dengan kecurangan, kebatilan dan penipuan. Ia sarat dengan tipudaya nafsu syaitan dan tiada rasa tanggungjawaban. Kerana itu, Rasulullah Saw. mengecam dan melarang keras perbuatan cina buta ini dan melaknat para pelakunya serta orang-orang yang bersekongkol dengannya. Baginda Saw. bersabda :
"Dari Ibnu Mas'ud rhu, ia berkata : Sesungguhnya Rasulullh Saw. melaknat lelaki Muhallil dan lelaki Muhallalnya".
Hadis riwayat imam Nasaaie rh. dan imam Tarmidzi rh.
"Dari Utbah bin Amr rhu, ia berkata, bahawa Rasulullah Saw. bersabda : Mahukah aku beritahu kepadamu tentang domba (kambing) pinjaman?. Mereka menjawab : Mahu, ya Rasulullah. Sabda Baginda : Yaitu lelaki Muhallil, Allah Swt. melaknat lelaki Muhallil dan lelaki Muhallal".
Hadis riwayat imam Abu Ishaq Al Jauzajani rh.
Dari Abdullah Ibnu Abbas rhu. ia berkata : Rasulullah ditanya tentang lelaki muhallil. Sabda Baginda : Tidak, melainkan perkahwinan yang sungguh-sungguh tulus dan bukan dengan tipu daya dan mempermainkan ketetapan Allah, sehingga ia benar-benar merasakan madu kecilnya (hubungan suami steri)".
Hadis riwayat imam Ahmad rh. dan imam Nasaaie rh.
Kahwin cina buta adalah perbuatan terkutuk yang hilang nilai akhlak, nilai kemanusiaan dan nilai kasih sayang yang menjadi Sunatullah. Bagaimana mungkin sebuah ikatan perkahwinan yang tulus suci yang diperintah Allah Swt. ini ditukar menjadi ikatan sementara, dengan kontrak tertentu, untuk upah, tanpa mahabbah, penuh dengan nafsu syaitan dan tipu daya, menjadikan wanita setaraf pelacur mahu diterima sebagai benar. Hanya orang gila dan kufur laknatullah sahaja yang rela dan tergamak melakukan perbuatan sebegini.
Maka itu, nikah melibatkan cina buta itu tidak sah kerana maqasid dan niyat perbuatannya bukan kerana Allah dan terlarang. Yang dikatakan sah itu, hanyalah dalam hal pematuhan syarat 5 rukun nikah di atas kertas semata-mata. Yang pastinya, seperti yang saya sebutkan awal tadi, tampak fizikalnya nikah cina buta itu memang tiada apa celanya malah mungkin, nampak hebat dan bergaya pula majlisnya. Yang menjadi persoalan adalah niyat tersirat dan bukan tampak fizikalnya. Jika kaedah pengesahan ini mahu digunakan dan memejamkan mata atas niyat sebenar nikah itu, marilah kita aplikasi kaedah ini dengan menghalalkan merompak dan menyamun atas alasan nak bagi makan orang miskin serta, mari kita buka bisnes menawarkan khidmat muhallil kerana tentu pasti, syarat 5 rukun nikah atas kertas itu boleh dipatuhi.
B. Nikah Selepas Mengandung
Keadaan seperti ini merupakan satu lagi hal yang biasa diperbuat dalam masyarakat Melayu Islam kita apabila terjadi kes mengandung luar nikah dan, si jantan pelakunya menghilang diri atau, si jantan pelaku itu dari kalangan keluarga terdekat yang tak boleh kahwin. Bagi menutup malu, maka si perempuan dikahwinkan dengan seseorang lelaki lain. Lelaki yang terpilih itu digelar orang banyak sebagai Pak Sanggup. Selalunya juga, memang yang dipilih sebagai pak sanggup ini lelaki yang kurang cerdik memandangkan dia kurang faham kira bicara dan mengikut kata sahaja. Lebih tepat dimangsai. Malah ada kes tertentu, selepas bersalin dia dikehendaki menceraikan isterinya itu setelah semua kepeningan di'parking'kan ke atas batu jemala dia. Kerana itulah dia di panggil pak sanggup.
Hakikatnya, amalan nikah tutup malu ini tak pernah disyari'atkan di dalam Islam. Memang tak ada. Yang ada sekarang ini adalah yang diada-adakan sahaja dan di'halal'kan pula. Walhal, sekiranya memang ada rasa malu, sebaiknya salah itulah yang jangan dibuat, bukannya seronok-seronok dibuat selepas itu bersusah payah pula nak ditutup dari mata telinga manusia. Apakah malu kepada Allah tak diambilkira, apa mungkin dirasakan yang Allah Swt. tak nampak dan tahu apa yang berlaku. Apa mungkin Allah Swt. tidak sedar bahawa 'ada udang sebalik mee' dalam perkahwinan itu. Amat mustahil sekali.
Perkahwinan pak sanggup ini secara zahirnya seolah-olah kelihatan menepati ketetapan hukum, akan tetapi niyatnya, tujuannya dan sifat perbuatannya penuh dengan kecurangan, kebatilan dan penipuan yang disembunyikan di dalamnya. Boleh juga ia dilaksanakan dengan meriah dan gah. Hakikatnya Ia sarat dengan tipudaya dan tiada rasa tanggungjawaban. Ia bukanlah perkahwinan mengikut tuntutan Islam yaitu perkahwinan dimulakan dengan penuh kehormatan, kemuliaan dan keihkhlasan bagi menghalalkan hubungan 2 insan dengan penuh kasih sayang, rela merelai dan saling mencintai dalam berumahtangga yang damai dan kekal.
Nikah pak sanggup ini tidak sah nikahnya berdasarkan dalil-dalil berikut :-
Dalil umum dari ayat Allah Swt. yang menetapkan bahawa perempuan yang perutnya berisi (mengandung), secara otomatik dia berada di dalam iddah dan, perempuan yang didalam iddah tidak boleh berkahwin. Peraturan hukum ini dinyatakan oleh Allah Swt. di dalam Al Qur'an ul Kariim :
"Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) diantara perempuan-perempuan jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka iddah mereka adalah 3 bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungannya. Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya".
Surah At Talaaq (65) : ayat 4
Seterusnya, secara khusus Rasulullah Saw. memberikan hukum :
"Dari Ruwaifi’ Bin Tsabit rhu, ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda : Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya dikebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain) , bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan (kepada sesama tentera)”.
Hadis riwayat imam Abu Daud rh. imam Ahmad rh. imam Baihaqi rh. dan imam Ibnu A’tsir rh.
Begitulah ketentuan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah Swt. dan rasulNya Saw.
Akan tetapi, janganlah terkejut, apabila dipandang dari sudut pematuhan syarat 5 rukun nikah di atas kertas semata-mata, pastinya nikah pak sanggup ini pun sah juga, kerana apa yang terkandung dalam perut si perempuan dan qasad di dalam hati para pelakunya, takkan ternampak secara fizikal dan, syarat niat untuk berkahwin pak sanggup itupun tak pernah dituntut ditulis di atas kertas. Demikianlah adanya penipuan dibuat. Maka, tak hairanlah nikah itu dikatakan sah di atas kertas. Sekali lagi, yang menjadi persoalan adalah niyat tersirat di dalam hati dan apa yang tersembunyi di dalam perut, itulah yang syara' (Allah Swt. dan rasulNya) ambilkira, bukan tampak fizikal atas kertas sahaja.
Setakat ini maklumbalas yang dapat saya nukilkan kali ini. Mudah-mudahan saya telah menjawab persoalan. Hal ini akan saya majukan kepada semua rakan-rakan nanti, untuk manfaat ilmiah bersama. Segala yang benar itu datang dari Allah Swt. dan segala tidak benar datangnya dari saya yang dhoif ini.

Wallahu a’lam...
سكين
0 comments: