Kekurangan Google Adsense |
Kekurangan Adsense
Klik Tidak Sah
Tidak seperti sesetengah iklan, sedikit kekurangan adsense
adalah tidak boleh sama sekali fraud klik. Google boleh mengesan semua
itu.
- Klik iklan sendiri.
- Menyuruh kawan-kawan klik iklan sama ada melalui arahan text pada bahagian iklan atau pun lain-lain.
- Mungkin kita dah jaga semua itu, tapi kita di sabotaj oleh sesetengah org dengan klik iklan adsense berkali-kali.
- Meningkatnya jumlah klik mendadak tanpa sebarang sebab dan perubahan trafik yang statik. Contohnya, purata pengunjung harian blog kita adalah 5 user dan biasanya dapat 1 klik (kadang-kadang takde langsung). Tapi tetiba suatu hari tu, trafik still sama, tapi klik tetiba melonjak 50x.
Menempatkan iklan di sesebuah blog yang ada kandungan berunsur tidak baik. Kira baik juga lah google ni kan. Contoh :-
kekurangan adsense |
Sama juga dengan SEO google. Adsense yang milik
google ni juga tidak gemar double content atau pun sesuatu yang ciplak
dan copy paste.
Garis Panduan Kualiti Webmaster
Sedikit kena ambil tahu tentang kualiti yang google tetapkan dan juga had kan. Sume ni dah pernah aku ulas di entri [cara mempengaruhi google] ini.
- Jangan terlalu mendesak meletakkan kata kunci beulang-ulang, berlebihan hinggakan ianya boleh di anggap tidak releven.
- Membuat silap mata di mana terdapat text atau link yang wujud pada entri, tapi tidak kelihatan sebab warna font bagi sama dengan warna backround. Sia-sia je, robot predator itu boleh nampak sebab koding bukan dengan mata kasar.
- Kandungan entri yang berguna serta jelas isi kandungannya dengan niche tertentu.
- Selebihnya boleh tengok kat Webmaster Guidlines .
Kalo ikutkan betul-betul apa yang tertulis pada TOC dia :-
- Site iklan adsense itu di tempatkan tidak boleh menerima sumber trafik dari iklan berbayar lainnya. Contoh, kita bayar nuffnang untuk iklankan blog kita yang ada iklan adsense tu.
Tidak boleh ubah suai iklan dengan menggunakan koding tambahan atau software. Contoh : Iklan akan pop up atau float.
Penampilan Laman
- Laman sepatutnya tak boleh di directkan ke domain lain dan ada window-window pop up. Seperti form mailing list pop up setiap kali kita masuk ke blog.
- Iklan tidak boleh kelihatan mengelirukan. dimana iklan menyerupai isi kandungan blog / website / etc.
Semua di atas ni aku petik sendiri dari senarai google adsense program policies ni. Ada juga sedikit yang aku tidak selitkan. Begitu lah banyaknya kehendak google adsense hingga kelihatan seperti kelemahan. Melanggar TOC diatas lah selalunya menjadi punca akaun adsense seseorang itu di banned. Namun ada banyak juga penggiat adsense yang berjaya melanggar beberapa TOC di atas. Sukar di duga. Yang pastinya google paling benci akan Fraud klik tu.TOC yang terlalu banyak dan cerewet ni lah mencetuskan kekurangan pada google adsense.
0 comments: