Wednesday, 7 March 2012

Petua Untuk Kurus

 


haiii... selamat sejahtera semua pembaca blog saya, hari ini papa mahu kongsikan satu rahsia macam mana mahu kurus atau kekal kurus, mesti ramai yang mahu kuruskan. macam papa, dah memang kuruskan,dulu 56kg jer,sekarang dah naik 67kg,wahhh oklah tu,seimbang. ada beberapa perkara saya mahu kongsikan:

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. tetapi jangan terlalu banyak sangat minum air sampai melebihi puluh-puluh gelas sehari, jangan amalkan selalu.

Makan Makanan Sihat
Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.

Jangan Makan Lewat Malam
anda jangan sesekali mengamalkan tiap-tiap hari makan malam,lagi-lagi makan nasi,jarang-jarang sekali bolehlah, makan malam terlalau banyak boleh menyebabkan kegemukkan,kerana pada waktu malam kita tidak terlalu aktif dan tidur,jadi pembakaran lemak memang kurang.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.

ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Yang ni pun main peranan,ramai yang suka minum air bergas,otot-otot badan pun tidak seimbang, gemuk sana,berkedut sini.Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kawal emosi 
Satu lagi perkara yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

 itu sahaja,mahu lebih komen kat bawah,nanti papa cari dan kongsikan bersama anda, terima kasih.















banner
Previous Post
Next Post

0 comments: