Wednesday, 21 March 2012

Keistemewaan Hari Khamis




cerita pasal hari khamis mesti anda semua berfikiran lain,maklumlah malam jumaatkan, apa lagi bagi pasangan-pasangan sudah berumahtangga,inilah salah satu sunatnya,sudah jadi suatu kewajipan bagi golongan lelaki sudah berkahwin. inilah malam paling menyeronokkan dan membuat si suami berasa puas, tetapi papa bukan mahu bercerita pasal ini,papa mahu cerita keistemewaan hari khamis.

Hari Khamis ialah hari yang sangat istimewa bagi orang yang sedang melatih atau belajar ilmu batin, spiritual, dan sebagainya. Hari Khamis sehingga Jumaat sangat sesuai untuk membuat meditasi, yoga, ritual, sembahyang atau untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan spiritual, Laduni, Ilmu batin, Ilmu putih dan sebagainya.

Setiap hari dijajah dan dikawal oleh salah sebuah planet. Hari Khamis sangat istimewa kerana ia datang di bawah jajahan planet Jupiter pada hari tersebut. Planet Jupiter dapat membantu menambahkan energy spiritual, reiki, Ci dan sebagainya. Malam Jumaat atau sebelah malam pada hari Khamis sangat berkuasa dan istimewa kerana pada lingkungan masa itu manusia dapat dua kali ganda kuasa iaitu kuasa atau energi dari Planet Jupiter dan Bulan. Dengan bantuan Bulan manusia dapat menggunakan sepenuhnya kuasa dari planet Jupiter dan kuasa dalaman diri sendiri.

Chakra kedua kita yang digelar navel, sacral atau Svadhisthana  yang lebih aktif pada hari Khamis menyebabkan keinginan dan nafsu syahwat bertambah pada hari Khamis. Sebab inilah kaum lelaki lebih tinggi nafsu syahwatnya pada hari Khamis malam Jumaat. Apabila chakra tersebut sangat aktif  ia akan menambahkan keinginan seks, cinta dan kasih sayang. Chakra tersebut  juga dapat membantu kita berhubung dengan alam ghaib, alam roh dan dengan semesta alam. Petang dan malam hari Khamis sangat sesuai untuk melakukan upacara keagamaan, upacara penghalauan makhluk halus atau untuk menghalau jin, roh, makhluk halus dan sebagainya.

Bagi orang yang sedang belajar  ilmu laduni, spiritual, meditasi, reiki, ci dan sebaginya; Petang dan malam Jumaat  sangat sesuai untuk melatih kerana energy dalam badan kita akan bertambah dan berpotensi tinggi. Bagi orang Islam pula malam Jumaat sangat sesuai untuk melakukan zikir, sembahyang sunat, sembahyang hajat dan ibadah – ibadah lain.

Baca lagi : Kelebihan Hari Khamis – Malam Jumaat | RahsiaAlam.com
http://www.rahsiaalam.com
Petikan Dari : Rahsiaalam.com
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: