Ini hanya perkongsian, kenapa perempuan suka tayang breastnya?? akan terjawap kejap lagi, bagi saya semua itu duniawi, baik simpan dan pakai untuk suami tercinta sahaja. Usahlah kita tayang dekat lelaki lain, berdosa tau. Lagi pun jika lelaki tengok jangan salahkan lelaki pula, sedangkan kita berpakaian seksi dan menampakkan breast. Simpan kecantikkan itu untuk suami, alangkah indahnya suami lihat anda seperti itu untuk dia sahaja, jadi renung-renungkan.
Semakin hari semakin ramai perempuan yang berani untuk mempamerkan
sebahagian tubuh mereka terutamanya bahagian lurah payudara dan paha.
Tidak kurang juga yang berpakaian ketat walaupun menutupi seluruh badan.
Jadi persoalannya, kenapa perempuan semakin suka berpakaian seksi? Di
sini, saya ingin berkongsi lima sebab utama kenapa kaum hawa semakin
suka berpakaian seksi.
1. Ingin mendapat perhatian
Adalah agak normal bagi sesetengah perempuan suka untuk mendapat
perhatian. Terdapat banyak cara untuk mendapat perhatian dan berpakaian
seksi adalah salah satu daripadanya.
2. Lebih berkeyakinan
Bagi sesetengah perempuan, terutamanya yang berkerjaya. Tampil seksi
juga boleh membuatkan mereka lebih yakin untuk melakukan kerja seperti
kerja pejabat.
3. Ingin menggoda
Bagi perempuan yang biasa menggoda terutamanya untuk mendapatkan
sesuatu, dengan berpakaian seksi, godaan yang dilakukan akan lebih
berkesan.
4. Ikut perkembangan fesyen
Tidak dinafikan, fesyen semakin hari semakin berbeza. Perempuan yang
mengikuti perkembangan fesyen inilah akhirnya tanpa sedar mereka juga
berpakaian seksi.
5. Bersaing dengan yang lain
Ada sesetengah perempuan, mereka bersaing, kononnya tidak mahu
ketinggalan zaman. Ini boleh kata sebab fesyen juga. Contoh lain bagi
yang bersaing adalah dua perempuan suka pada seorang lelaki. Selain
mendekati dengan sapaan dan gelak tawa, berpakaian seksi juga dapat
meninggikan peluang untuk memiliki lelaki itu.
0 comments: