sumber : Facebook
Abang, Maafkan Ayang...
(Post ini sedikit panjang tetapi sangat bermanfaat sebagai pengajaran buat pasangan suami isteri)
Bunyi di ruang kamar mula bergema. Langit diluar mulai mendung
beriringan, kelam. Kelihatan si anak mula menutup buku bacaannya
mendengarkan Ayah dan ibunya mula perang dingin. Ternyata ribut di dalam
rumah baru bermula. Petang hujung minggu yang selalunya hangat
tiba-tiba dingin.
“Abang tahu tak saya ni penat, banyak kerja di pejabat”
“Abang tahu awak penat tapi fikirlah anak kita tu, perlu juga kasih
sayang awak” tegur si suami melihat isterinya sedang sibuk menyiapkan
kerja pejabat.
“Kertas kerja ini perlu saya siapkan untuk bentang pada persatuan esok, bukan soal pejabat” suaranya mula meninggi.
“Kertas kerja lagi penting bagi awak, sepatutnya awak bahagikan masa
antara kerja pejabat dan persatuan awak tu”. Tegur si suami.
“Kenapa dengan awak ni? Awak tahu kan saya setiausaha persatuan tu kena
buat banyak benda juga” suara si isteri tetap meninggi. Tekanan kerja
dan persatuan mula menyelubungi dirinya. Perkataan abang mula hilang
dibibir isteri.
“Jawatan awak dirumah ini apa ya? Soal si suami menduga.
“Awak nak mengajar saya pula?”
“Tak, saya bukan nak mengajar tapi sepatutnya awak yang lebih tahu daripada saya” jawab si suami pendek.
“Awak tolonglah, saya nak siapkan kertas saya” pandangannya tidak lenkang dari komputer ribanya.
“Puteri, jom abah temankan Puteri baca buku” helah si suami melarikan diri daripada perang dingin dengan isterinya.
Sambil si suami berjalan beriringan bersama anaknya untuk duduk di
kerusi halaman rumah kelihatan sebuah buku. Si suami mencapainya. Tangan
anaknya itu dipegang erat.
“Abah, lain kali jangan bergaduh
boleh tak?” suara Puteri manja sambil tersenyum. Mungkin anak 8 tahun
ini lebih mengerti erti ketenangan. Si ayah hanya tersenyum.
“Abah
tak bergaduh pun dengan mama, Cuma marah-marah sayang” si suami merenung
jauh ke bebola mata anaknya. Memberi harapan akan kefahaman.
“Kalau sayang kenapa perlu marah-marah” Tanya Puteri. Ternyata si suami tersentak dengan soalan itu.
“Marah tak semestinya tak sayang. Contoh kalau Puteri tak solat. Agak-agak abah marah tak?
“Marah” Puteri hanya tersenyum.
“Marah sayang ke marah benci?” si ayah menduga Puteri.
“Marah sayang”
“Puteri faham tak?”
“Faham abah” Senyuman diwajah anaknya cukup mengubah hatinya akibat
pertengkaran tadi. Sejak dulu, anaknya ini menjadi penawar hatinya.
Si suami mula membuka buku yang dicapai tadi. Terus membuka halaman
tengah. Matanya memerhatikan setiap bait kata dan huruf di dalam buku
itu. Halaman 135 berbunyi, “kebahagiaan akan datang dalam diri sendiri,
ia lahir apabila kita lebih banyak memberikan hak kita berbanding hanya
menuntut hak. Kerana seseorang itu akan dapat apa yang dia beri bukan
apa yang dia minta”.
Fikirannya mula melayang. Mungkin itu
jawapannya. Dia hanya menuntut hak tanpa memberi. Fikirannya mula
memainkan drama positif. “Isteri aku mungkin saja penat dan letih. Tak
patut perbuatan aku tadi”. Monolog dalaman mula menjadi penasihat.
Selang satu jam.
“Awak, abang keluar kejap ya dengan Puteri,
ambil angin di taman. Awak siapkanlah kerja awak tadi. Erm, dan satu
lagi”. Si suami merenung jauh ke dalam mata isterinya. Cuba menyampaikan
satu kata.
“Saya minta maaf sebab tinggikan suara saya pada awak,
ya. Puteri, salam mama ya sayang”. Sambil tangan puteri dipangkuannya
dihulurkan sendiri oleh suaminya. Si isteri hanya duduk terpaku. Tanpa
suara.
Si suami melangkah keluar. Isteri hanya melihat, semakin
menjauh. Selang berapa ketika, kelihatan air mula jatuh pada papan
kekunci. “Ya, Allah. Apa yang aku cakap tadi. Tak sepatutnya aku
meninggikan suara pada suamiku”. Si isteri sudah merasa bersalah.
Bunyi tapak kaki makin menghampiri. Si suami datang sambil memangku
Puteri yang memegang ais krim. Pintu dibuka. Si isteri hanya tercegat
dipintu.
“Awak dah siapkan kerja awak?” tanya si suami senyum.
Belum sempat si suami melepaskan puteri dari gengaman. Si isteri
memegang tangan suami. Pegangnya kali ini erat. Seakan tidak mahu
dilepaskan.
“Abang maafkan Ayang, Ayang yang bersalah” si
isteri memegang erat tangan si suami. Dingin tangan si suami dengan air
mata berguguran. Puteri hanya terpaku.
“Sudah lah, Abang pun
salah juga. Tak faham kerja isteri abang ni. Tak gitu?” si suami cuba
berjenaka. Tak sanggup melihat isterinya menangis.
Pengajaran :
Begitulah kehidupan. Tolak ansur amat bernilai jika hendak dibandingkan
dengan keegoan. Tolak ansur adalah kedamaian sementara keegoan
merupakan suatu keruntuhan. Sentiasa memohon dan memberi kemaafan dalam
kita mencorak sebuah kehidupan bersama. Kemaafan dan tolak ansur hanya
akan lahir daripada diri yang bebas, tidak pentingkan diri sendiri.
Apabila kita sukar meminta maaf dan memberi kemaafan itu bererti kita
masih lagi pentingkan diri. Kita hanya merasakan diri kita sahaja yang
betul. Jika tidak dibendung, ia merupakan barah yang menjalar hingga
merosakkan sebuah institusi kekeluargaan. Kemaafan itu lahir dari hati
yang menyerah, tenang dan menang dalam setiap tindakan. Memohon maaf tak
bererti kalah. Memberi syarat menerima.
“Sesungguhnya sesiapa yang tidak kasih, dia tidak akan dikasihi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jaga komunikasi dengan orang yang kita sayangi. Rendahkan suara. Jangan
berkasar dan berkeras. Gunakan kelembutan yang ada pada kita. api tidak
akan sekali-kali boleh memadamkan api melainkan benda-benda yang
berlawanan dengannya. Kemarahan tidak akan padam juga dengan kemarahan.
Ucapkan perkataan positif, elakkan menggunakan perkataan berbentuk
ugutan.
“kalau begini, saya tak akan maafkan”.
Elakkan ugutan.
Rasullullah Model Unggul
Lihat saja baginda nabi apabila terjadinya peristiwa ketika malaikat
menawarkan gunung untuk menghempap penduduk taif, Nabi Muhammad s.a.w
tercinta berkata “Saya berharap anak cucu mereka akan memeluk islam.
Kemaafan itu terbukti apabila ramai anak-anak pendudukan taif yang
beriman kepada ajarannya hinggalah kepada peristiwa Fathul Makkah.
“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman
seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan
anaknya” (Riwayat al-Bukhari).
Suami Isteri, Berbahagiaah
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk
kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra
dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”.
(Surah ar-Rum, 21)
-Untuk Dapatkan Tips,Petua,Doa Kehidupan Rumahtangga, Suami Isteri, Kekeluargaan, Silakan LIKE ♥ Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim♥ Syukran :)
—Dipersilakan SHARE
0 comments: