Soal
jodoh siapa yang tahu kan? Kita hanya mampu merancang tetapi Allah Yang
Maha Kuasa yang berhak tentukan. Kita sebagai makhluk hanya mampu
berusaha mencapai sesuatu yang dituntut dalam agama. Ok. Selesai
tazkirah awal. Cerita malam ni berkaitan dengan Jodoh. Petanda awal dilemma nak kahwen. Manalah tahu petanda yang aku berikan ni seakan-akan ada pada korang semua. Ape lagi?. Jom Scroll.
Kalau
nama dia je yang muncul dekat mesej, mana tak ngigau malam. Watak yang
sama dalam mimpi indah setiap malam. Rasanya sampai hp tu memang ada contact list nama dia je lah. Macam orang lain tak wujud dalam list. Mesej dengan dia pun berbunga-bunga. Sampai bunga kat luar rumah pun layu tengok korang yang asek tersengih-sengih depan hp.
Bila kawan ajak makan, mula lah dialog ni keluar. "Erm, aku saving lah", "Korang makan dulu lah, aku dah makan kat rumah tadi", "Aku tengah diet ni". Haa, biasa dengar word tu kan? Itulah lah tanda-tanda tengah saving duit untuk kahwin. Kadang-kadang tu, sanggup makan meggi empat bulan before kahwin saving punya pasal. Bajet untuk hantaran lagi, mas kahwin, hutang honeymoon kat syarikat penerbangan lagi. Kesian laki nak membayornye. Sampai bersaving yea.
Ini fenomena terkini. Kalau takde video orang yang kahwen, tak sah. Tengoknya secara berjemaah lagilah wajib. Tapi kalau tengok sorang, memang feel. Kalau boleh, video kahwen artis tuh, ulang sampai berpuluh kali sebab terlalu taksub nak kahwen. Terbaru, lepas tengok video Kate dengan William kahwen tuh, berapa juta orang yang mengidam nak kahwen macam dia. Fuh, memang video wedding ni bagi aura kepada sesiapa yang belum kahwen.
Yang
ini, lagilah melonjak kegirangan apabila mak mula bercakap tentang
wanita itu. Susah tau hati emak ni nak berkenan pada seseorang. Hati
emak je yang faham naluri anaknya nak yang macam mana. Ayah tak kesah.
Janji kau bahagia sudah. Kalau mak korang cakap macam ni, suruh cepat
mak masuk minang. Nanti kena kebas. Haha.
Ini
terlampau parah. Kalau setiap malam asek bermimpi pasal dia, itu dah
kira paling teruk. Yang paling tak boleh blah, setiap malam berepisod
pulak tuh. Haish. Memang kena kahwen esoknye jugak. Tapi susah jugak nak
cari orang macam ni. Aktif bermimpi. Haha.
Kalau
korang mintak tolong dari mak, sah! mak korang gelakkan balik. "Takdo
ujan, takdo ribut, ekau nak belaja memasak? Gilo ko? Hahah". Memang kena
bahan satu hari satu malam. Korang mintak resepi pun belum tentu dapat,
sebab mak korang asek tergelak je dari tadi. Haha. Lepas dari tu baru
mak korang perasan bahawa anaknya bakal masuk fasa baru iaitu gatal nak
kahwin. Haha.
Ok, yang ini sangat tak boleh terima. Memang gatal nak kahwen pun. Bayangkan kalau tiba-tiba berdating,
keluar dari mulut pasangan anda pasal anak? Nampak beno nipunye. Haha.
Mesti tergamam korang kan? Belum kahwen lagi dah fikir pasal anak?
Memang advanced. Memang dah tak sabar nak dilamar. Kahwen je lah, elakkan maksiat. Betul tak?
So, dalam 7-7 ni,
Suka baca? Jom like :)
diba punye num 1 and 2 and 7 ! haha -_-
ReplyDeletemaksudnye..kamu kene kawin cepat2lah..nanti angau plak.hehehe
ReplyDeleteheheh i follow u.. :)
ReplyDeletehehe.. tq mama ikhwan..
Delete