Ramai di antara kita yang tidak tahu tentang mandi wajid, malah tidak pandai serta tidak peduli mandi wajid itu penting dan bila kita perlu mandi wajid. Mandi wajid adalah perkara yang perlu dilakukan bagi yang beragama islam berkeadaan hadas besar. Ada juga yang mandi wajid dengan cara tidak betul, adakah anda yakin cara mandi wajid anda betul?? Disini saya ingin kongsikan artikal-artikal dari internet cara mandi wajid dengan betul. Pelajari dan fahami dengan betul, kita perlu tahu sebab bila kita mandi wajid kita tidak sedar atau akan tahu mandi wajid kita itu diterima Allah, dengan cara yang betul inilah anda akan tidak rugi selepas itu, bila tiada hadas pahala kita bertambah apabila melakukan kebaikan. Jom kita lihat perkongsian artikal di dalam internet.
sumber
Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda
Sebab Perlu Mandi Wajib Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.
- Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
- Keluar mani walaupun sedikit.
- Mati melainkan mati syahid.
- Keluar haid bagi perempuan.
- Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
- Wiladah atau melahirkan anak.
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah
- Niat
- Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
- Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.Bahasa Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
- mengadap kiblat
- membaca basmalah
- membasuh dua tapak tangan
- mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
- menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
- berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
- tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
- membasuh sebanyak tiga kali
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.
- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
- Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
- Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
0 comments: