Tuesday, 29 May 2012

RUNGSING MASALAH KEHAMILAN SAYA

 Salam semua, ini papa mahu cerita tentang keluhan mama...kesian mama,yela baru ajer lepas gugur hujung tahun lepas,trauma dan fobio
lag.. mama runsing tentang kehamilannya.. ini sebahagian email mama kepada Doktor berkenaan tentang masalah 
kehamilannya,saja papa kongsikan..
Terima kasih atas segala nasihat doktor salwa,hari ini saya pergi membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan, alhamdulillah dengan serba sedikit pengetahuan dari artikel Dr. ,saya diminta menjalankan ujian keputihan di klinik kesihatan seksyen 7,Shah Alam  pada 31 Mei ini untuk lebih mengetahui sama ada keputihan saya ini merbahaya kepada kandungan saya ataupun tidak. Pengetahuan saya dari artikel Dr. sangat membantu saya agar lebih berhati- hati dan menjaga kandungan saya dimana inilah kali pertama saya mendapat perhatian dari Dktr Klinik tersebut berkenaan dengan isu keputihan semasa kehamilan selepas saya memberitahu tentang apa yang saya tahu dari artikel Dr. Salwa dan memberitahu pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan isu keputihan ini.
Cuma saya sedikit kesal kerana ada diantara jururawat kesihatan dan ada diantara Doktor ibu mengandung terutamanya Dktr dan jururawat yang agak masih muda tidak mengambil tahu berkenaan dengan keputihan sewaktu hamil dengan memberikan kata mudah kepada ibu yang mengalami masalah ini tanpa meneliti masalah ibu tersebut.Ada diantara mereka yang mengambil mudah sahaja tentang isu keputihan sewaktu hamil sehinggalah menganggu perkembangan fetus dalam kandungan barulah mereka mengambil perhatian lebih kepada ibu tersebut. Sikap mencegah dan memberi rawatan awal kurang diberi perhatian. Beruntunglah jika seorang ibu berilmu dan apa pula yang terjadi kepada ibu yang mempunyai kurang pengetahuan tentang pekara ini?kemungkinan keputihan ini dibiarkan sahaja sehingga bersalin dan ia mengganggu anggota yang lain.
Di sini juga saya ingin sekali mengetahui adakah kemungkinan masalah keputihan yang merbahaya ini berpunca dari hubungan bersama suami? ada seorang jururawat mengesyorkan suami menggunakan kondom kerana mereka mengatakan kebarangkalian ia berpunca jangkitan daripada suami sewaktu bersama suami. Saya ingin sekali penjelasan Dr. Salwa tentang pekara ini.Adakah ianya kemungkinan benar atau tidak supaya saya boleh membuat sebarang rawatan kesihatan susulan selepas ini.Saya berharap Dr dapat menjelaskan soalan saya ini untuk mengelakan segala kemungkinan bakal berlaku.
Segala jasa dan ilmu yang Dr. berikan amatla saya hargai. 

Sekian Terima Kasih.

Zila.



From: Dr Salwa <drsalwa@doktorherba.com>
To: Nabila Nur <nnabila26@yahoo.com.my>
Sent: Monday, 28 May 2012 11:34 PM
Subject: Re: RUNGSING MASALAH KEHAMILAN SAYA

Mualaykumsalam,
Saya simpati dengan keadaan emosi yg sedang anda alami,harap dapat banyak bersabar dan memohon pertolongan Allah SWT yang berkuasa keatas kesihatan hambanya.Apapun kita juga kena sama2 berusaha supaya doa yang kita minta itu dimakbulkan ye.
Pertama simptom yang diberi adalah jangkitan kulat candida yang lazimnya berlaku kepada ramai wanita hamil disebab berlaku perubahan hormon yang drastik dan ini tidak lah sampai membawa kepada keguguran atau risiko yang terlalu bahaya cuma ianya membuatkan kita rimas dan mengganggu kehidupan harian dan jika kulat ini tidak dirawat sehingga bersalin boleh menjangkiti bayi atau keadaan yang dipanggil thrush.Namun jika terdapat tanda2 lain seperti warna lendiran yang kehijauan,berbuih dan berbau ianya bahaya dan perlu dirawat dengan segera sebelum ianya menular keorgan2 yang berdekatan.Untuk kes2 candida,jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu yang hamil atau alternatifnya boleh juga merawat sendiri dirumah dengan terapi prk dr herba selama 10 hari disamping meminum yogurt atau yakult 3 kali sehari bagi menokok bakteria baik didalam tubuh.

Yang kedua,keguguran janin pada lazimnya juga berlaku pada kehamilan bawah 20 minggu dan kebanyakkan disebabkan oleh kromosom yang tidak normal, dan oleh kerana janin itu tidak sihat, maka dengan sendirinya ia tidak dapat bertahan lama dan akhirnya gugur.

Lain-lain sebab ialah merokok, meminum alkohol, mereka yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti kokain, ubat penghapus serangga, benda yang mengandungi radioaktif dan lain-lain.Bagi yang pernah keguguran, adalah penting untuk memastikan degupan jantung janin disahkan melalui ultrasound scan sebaik sahaja kehamilan dapat dikesan melalui ujian air kencing.Jangkitan kuman juga merupakan pemyebab kepada keguguran, rubella infection, sekiranya anda masih belum di-imunisasi, pastikan mendapat suntikkan rubella diklinik berdekatan.

Pastikan anda mengambil suplemen asid folic atau cuba dapatkan obimin dari farmasi serta Vit C untuk menguatkan pergantungan janin dan jauhkan dari memakan ubatan lain samada tradisional atau moden. Banyak berehat dan selalu berfikiran positif serta mengawal emosi sehingga dapat mencapai ketenangan dan keredhaan.InsyaAllah

2012/5/28 Nabila Nur <nnabila26@yahoo.com.my>
assalamualaikum doktor,

Saya Norazila dan berumur 28 tahun,saya ingin kepastian dari doktor mengenai masalah saya.Saya sangat fobia bila mengandung.Sebelum ini,saya pernah mengandung tetapi keguguran pada kehamilan menjelang tepat 4bulan.Saya difahamkan oleh doktor bahawa kandungan saya tidak sihat. Berlaku pendarahan yang banyak sebelum saya dicucuk dengan ubat untuk membuka pintu rahim supaya fetus dari kandungan saya dapat dikeluarkan di hospital Serdang. Sebelum kejadian pendarahan berlaku,saya pernah mengutarakan masalah saya pada doktor klinik swasta dan juga kerajaan mengenai masalah yang saya hadapi sewaktu kehamilan mencapai 2 bulan sehingga 3 bulan kehamilan.Masalah saya sewaktu itu adalah saya mengalami keputihan yang banyak, apabila buang air kecil bau yang tidak menyenangkan. Saya pernah diberitahu oleh doktor saya mempunyai masalah kencing kotor,tetapi ubat yang diberi hanya antibiotik dan ubat yang perlu dimasukan kedalam faraj saja yang diberi. Saya mengunakan ubat tersebut dan memasukan ubat melalui faraj sehingga 3 kali selama 3 malam sebelum tidur. Tetapi masalah keputihan saya tidak selesai walaupun sudah menggunakan ubat tersebut selama 3 malam berturut seperti yang dinasihatkan oleh doktor klinik tersebut sehinggalah 4 bulan kehamilan,berlaku pendarahan dan keguguran akibat bayi yang tidak sihat.
Selepas sebulan keguguran saya diberitahu oleh doktor pakar yang masalah saya adalah masalah fetus yang tidak sihat dan tidak bekembang dengan baik..Adakah masalah fetus yang tidak sihat tadi disebabkan masalah keputihan saya?saya sangat runsing sekarang Doktor Salwa,lebih-lebih lagi saya sekarang disahkan mengandung lebih kurang sebulan lebih dan sekarang saya mempunyai masalah yang sama . Selepas lewat 5 hari haid saya mengunakan pregnentsy test  dan disahkan positif,tetapi masalah yang saya hadapi dulu membelenggu saya sekali lagi,saya sekali lagi didatangi keputihan seperti susu basi berkepul-kepul berwarna keputihan,bau air kencing yang tidak menyenangkan tetapi kurang sedikit seperti dahulu terdahulu.Saya sangat risau akan apa yang terjadi pada saya,saya seringkali menukar seluar dalam,mencuci faraj dengan pencuci wanita serta mengelap faraj selepas membuang air kecil atau besar untuk mengelakkan kelembapan dibahagian intim saya.Saya juga mengalami masalah keguguran rambut sekarang.

Saya berharap doktor dapat membantu saya dan memberi sebanyak nasihat yang boleh untuk saya menjaga kandungan saya ini..
Saya juga berharap Doktor dapat membalas email saya secepat mungkin untuk saya bertindak dengan cepat..

Segala jasa baik doktor amatlah saya hargai..bantulah saya doktor..pekara ini sangat merungsingkan saya sekarang..


yang benar,
zila



--
Dr Salwa Hassan
Http://www.klinikkeputihan.com
banner
Previous Post
Next Post

0 comments: