Sunday, 16 February 2014

Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'




Mahkamah tetapkan 7, 8 Mei bicara kes pegawai polis lepas 'kasanova'

GEORGETOWN: Mahkamah Majistret menetapkan 7 dan 8 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis yang dituduh sengaja melepaskan seorang tahanan dikenali 'Kasanova' pada Oktober lepas.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes hari ini.


Bagi pertuduhan pertama wanita itu didakwa sengaja melepaskan tahanan K. Prabaharan, 45, yang menghadapi pertuduhan kes penipuan pada 1.50 tengah hari di Kompleks Mahkamah George Town pada 9 Oktober lepas.

Pertuduhan kedua pula dia didakwa membuat laporan palsu di Balai Polis Timur Laut pada pukul 8.05 malam hari yang sama berhubung insiden itu.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 182 kanun sama memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala tertuduh yang telah lebih 20 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia diwakili peguam Danny C. Navarednam. - BERNAMA

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini

Hanez Suraya Rancang Kahwini Ahli Perniagaan Tahun Ini
Tahniah saya ucapkan kepada Hanez Suraya, bagus kita bina masjid awal-awal ni. Semoga kekal berpanjangan. Beruntung ahli perniagaan yang dapat memperisterikan Hanez yang cantik menawan.

Satu lagi berita gembira untuk dikongsikan hari ini. Pelakon jelita, Hanez Suraya menerusi Metro Ahad semalam dikatakan akan menamatkan zaman gadisnya dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan pada tahun ini. Untuk makluman, Hanez kini berusia 29 tahun sementara bakal suaminya pula 34 tahun. Sesuai sangat dah umur tersebut untuk berkahwin kan?
hanez suraya
Menerusi kolum yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin, ahli perniagaan tersebut dikatakan sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Hanez Suraya untuk melamar. Tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan juga sudah dibincangkan. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan keluarga rapat kedua-dua belah pihak.
hanez suraya
Paling lama pertunangan akan diikat selama 6 bulan sebelum mereka berdua akan bergelar suami isteri. Tak sabar rasanya untuk melihat Hanez Suraya dan bakal suaminya diijabkabulkan. Semoga segala perancangan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebelum ini pun Hanez sering kecewa dalam percintaan. Semoga kali ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Tahniah Hanez dan bakal suami.

Wednesday, 1 January 2014

Ikan Matahari muncul di Kg Forest Sandakan, Sabah

kongsi dari Oh! Media,

 Terkejut juga saya lihat gambar Ikan Matahai muncul secara tiba-tiba di sandakan, Sabah.
Pelik tapi benarkan..Beanr-benar besar ikan matahari ini, kalau di makan boleh buat stok 3 bulan.hahaha

Perkongsian dari rakan WhatsApp Oh! Media: "Salam,terbaca satu artikal dari seorang kawan. Ikan Matahari muncul di Kg Forest Sandakan, Sabah. tq.." — with Zaiton Ali.





wahhh besar gilerkan... kenapa ikan sebesar ini naik ke darat?? satu pertanyaan.

Tuesday, 17 December 2013

Apply Loan Belajar


Pening-pening memikirkan apabila kita layak dan mendapat tawaran sambung belajar di ipt/ipts. Pasti kita sudah tahu bila belajar mesti ada bayarannya yang dikenali sebagai loan belajar, ini normal disebut oleh para belajar masa kini. Nak apply loan belajar bukan senang bukan susah tetapi yang menjadi senang apabila kita cukup syarat apa syarikat atau pihak yang memberi loan itu.

Antara yang famous loan belajar ialah loan PTPTN dan MARA. Anda boleh memohon dari mereka, selain itu kita juga boleh apply biasiswa, banyak yayasan terdapat di malaysia seperti yayasan pahang dan sebagainya.

Jangan pening jangan panik, cari slow-slow dan ikut arahan yang betul. Belajarlah untuk diri anda keluarga dan negara.



Lelaki Larikan Ipad Akhirnya Jatuh Jua...

Lelaki Larikan Ipad Akhirnya Jatuh Jua...

Berita dari sinar harian hari ini menyatakan tentang seorang lelaki telah menlarikan Ipad, berani sungguh lelaki itu, tetapi dalam masa 24jam akhirnya lelaki yang larikan Ipad ini jatuh ke tangan polis jua. Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.



Lelaki larikan Ipad ditahan dalam tempoh 24 jam
  • Pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti pecah rumah dijumpai dalam lori dilarikan dua suspek yang ditahan di Menglembu.

IPOH - Seorang lelaki ditahan polis apabila didapati memecah masuk rumah jirannya dan membawa lari komputer tablet jenis Ipad, di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian itu disedari mangsa kira-kira jam 3 petang apabila mendapati kesan umpilan di pintu depan rumahnya.

Menurutnya, suspek berusia 40 tahun ditahan itu berdasarkan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, kita menjumpai kembali Ipad milik mangsa.

“Suspek yang mempunyai tiga rekod lampau dalam jenayah yang sama ditahan reman tiga hari dan polis berjaya selesaikan kes dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, semalam.

Chang Keong berkata, selain kes itu, polis turut menyelesaikan dua lagi kes pecah rumah malahan berjaya menahan tiga suspek dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar raya ini.

Jelasnya, pada 7 Disember lalu, dua pekerja sampingan ah long ditahan ketika cuba memecah masuk rumah seorang penduduk di Taman Bukit Merah, Menglembu.

“Ketika kejadian, dua lelaki berusia 38 dan 26 tahun  memandu lori yang dicuri  di Taman Rishah dua hari sebelum ditahan.

“Setelah menerima maklumat awam, peronda tiba di lokasi kejadian dan menangkap suspek yang ketika itu sedang mengumpil pintu," katanya.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai beberapa peralatan untuk melakukan pecah rumah dalam lori itu dan kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Chang Keong berkata, pada Jumaat lalu pula, seorang lelaki berusia 30 tahun ditangkap bersama beberapa barangan curi di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai.

Katanya, Lelaki yang berasal dari Raub, Pahang mempunyai empat rekod jenayah lampau dan ditahan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, rakan suspek yang terlibat dalam kejadian itu melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Usaha mengesan rakan suspek sedang dijalankan dan orang ramai diminta berhati-hati ketika meninggalkan rumah terutama pada musim percutian,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/lelaki-larikan-ipad-ditahan-dalam-tempoh-24-jam-1.231702

Thursday, 1 August 2013